Tarikh : 17/10/2018 Masa : 08.00 AM – 1.00 PM Lokasi : Perkarangan Tapak Pekan Sehari Kg Pagar Sasak Peserta : 42 Orang |
Tujuan :
PEDi Kg Pagar Sasak telah mengadakan aktiviti mempromosikan PEDi, Klik Dengan Bijak (KDB) dan Dashboard sempena Program Community Policing di Perkarangan Tapak Pekan Sehari Kg Pagar Sasak pada 17/10/2018 bermula jam 8.00 AM hingga 1.00 PM. Program ini dihadiri oleh tetamu daripada Balai Polis daerah Lipis, penghulu mukim Kechau, warga Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak serta komuniti mukim Kechau.
Aktiviti :
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program berlangsung, antaranya ialah pameran PEDi dan agensi polis, sesi ceramah bersama penduduk, pemeriksaan kesihatan oleh pihak KOSPEN Kg Sentang, kuiz KDB dan muat turun aplikasi Dashboard MyKomuniti.
Tarikh : 14/09/2018 Masa : 02.30 PM – 05.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 08 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Word ini diadakan di PEDi Kg Pagar Sasak dan dihadiri oleh 8 orang pelajar terdiri daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Kelas ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasaan para pelajar dalam menggunakan Microsoft Word untuk mengedit gambar dengan memangkas sebahagian gambar yang dipilih.
Aktiviti :
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang kelas iaitu, para pelajar diberi tunjuk ajar oleh petugas PEDi cara-cara memangkas (crop) gambar dalam Microsoft Word serta turut diberi latihan memangkas gambar setelah diberi tunjuk ajar. Di samping itu, para pelajar diberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan menonton video yang bertajuk ‘oversharing’ dan mereka turut memuat naik ucapan sempena Hari Malaysia ke dalam Dashboard Mykomuniti.
Tarikh : 20/08/2018 Masa : 9.30 AM – 12.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 8 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Powerpoint ini telah dihadiri seramai 8 orang pelajar dan diadakan di PEDi Kg Pagar Sasak. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada para pelajar dalam menggunakan Microsoft Powerpoint dengan lebih kreatif dan menarik.
Aktiviti :
Pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang kelas berlangsung, antaranya ialah para pelajar diberi tunjuk ajar oleh petugas PEDi menggunakan Word Kreatif dalam Microsoft Powerpoint dalam membentuk dan mereka tulisan bergambar. Selain itu, mereka turut menonton video Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Buli Siber dan diberi taklimat mengenai kandungan video tersebut oleh petugas PEDi. Disamping itu, para pelajar turut membuat puzzle online bertemakan kemerdekaan serta memuat naik ucapan dan hebahan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 dan ucapan Hari Raya Aidiladha di Dashboard Mykomuniti.
Tarikh : 07/09/2018 Masa : 02.30 PM – 5.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 09 Orang |
Tujuan :
Kelas menghasilkan video menggunakan Movie Maker ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah menengah dan rendah seramai 9 orang. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memberi pengenalan dan cara penggunaan Movie Maker dalam menghasilkan sebuah video kepada para pelajar.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang kelas diadakan adalah, para pelajar mencari dan membuat turun gambar daripada internet bagi menghasilkan video dan petugas PEDi menberi tunjuk ajar kepada mereka cara-cara menggunakan Movie Maker, seperti memasukkan gambar dan tulisan didalam Movie Maker. Selaian itu, para pelajar turut diberi taklimat dan menonton video Klik Dengan Bijak (KDB) serta memuat naik gambar ke dalam Dashboard Mykomuniti.
Tarikh : 10/08/2018 Masa : 2.30 PM – 5.30 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 11 Orang |
Tujuan :
Kelas mewarna menggunakan software Paint ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dan sekolah tadika seramai 11 orang. Kelas ini diadakan bagi meningkatkan lagi penguasaan dan pengetahuan para pelajar dalam menggunakan software Paint bagi mewarna lukisan bergambar.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas diadakan ialah, para pelajar diberi tunjuk ajar oleh petugas PEDi cara-cara mewarna bendera mMalaysia menggunakan berus dalam Paint. Selain itu, para pelajar turut diberi penerangan video Klik Dengan Bijak iaitu mengenali perkakasan komputer dan fungsi-fungsinya. Di samping itu, mereka turut membuka Dashboard MyKomuniti untuk memuat naik ucapan dan hebahan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61.