Tarikh : 24/08/2019 Masa : 08.00 AM – 01.00 PM Lokasi : Dewan Serbaguna Kg Pagar Sasak Peserta : 161 Orang (Komuniti) |
Tujuan :
Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan bersama PEDi Kg Pagar Sasak ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Kg Pagar Sasak dan dihadiri seramai 161 orang komuniti kampung sekitar kampung. Program ini diadakan adalah, melestarikan PEDi sebagai pusat ICT dan kesihatan, mengeratkan kerjasama PEDi dengan komuniti kampung, agensi, MPKK dan NGO untuk mengwujudkan komuniti sihat serta melahirkan komuniti yang mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti :
Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah, pameran agensi daripada LPPKN, CERAGEM, AADK dan Angkatan Pertahanan Awam, pemeriksaan kesihatan, taklimat advokasi, dashboard komuniti dan MYTV Freeview, taklimat kesihatan dan aktiviti senaman kerusi berirama. Selain itu, antara pertandingan yang diadakan ialah, pertandingan mewarna keluarga, mengarang artikel mykomuniti, masakan suku-suku separuh, menaip artikel terpantas dan kuiz online kahoot. Disamping itu, aktiviti muat turun aplikasi dashboard komuniti dan e-waste turut diadakan bagi pengunjung yang hadir.
Tarikh : 04/08/2019 Masa : 04.00 PM – 05.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 12 Orang |
Tujuan :
Kelas E-pembelajaran secara atas talian ini telah diadakan pada hari Ahad 04 Ogos 2019 pada pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang dan dihadiri oleh pelajar sekolah menengah dan rendah seramai 12 orang. Tujuan kelas ini diadakan adalah memberi pendedahan dan pengenalan kepada para pelajar mengenai penggunaan internet sebagai medium bagi sesi pembelajaran secara atas talian. Disamping itu, memupuk semangat para pelajar untuk meneroka penggunaan internet dengan perkara yang bermanfaat seperti belajar dan mengulangkaji pelajaran secara atas talian.
Aktiviti :
Ketika kelas ini diadakan, petugas PEDi memberi tunjuk ajar cara penggunaan laman web e-pembelajaran dan memilih topik yang berkaitan supaya para pelajar membuat dan menyiapkan aktiviti dan latihan yang tersedia di dalam laman web tersebut. Sebagai contoh pelajar membuat aktiviti dan latihan subjek sains, bahasa inggeris, matematik dan sebagainya.
Tarikh : 19/07/2019 Masa : 02.30 PM – 05.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 08 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Word bersama pelajar sekolah SK Pagar Sasak telah diadakan di PEDi Kampung Pagar Sasak pada 19 Julai 2019 (Jumaat) bermula jam 2.30 prtang sehingga 5.00 petang. Kelas ini dihadiri seramai 8 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada para pelajar cara penggunaan Microsoft Word dengan lebih mendalam terutamanya untuk menaip teks, di samping meningkatkan lagi tahap penguasaan dan kemahiran pelajar dalam menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti :
Ketika kelas ini diadakan, para pelajar diberi penerangan penggunaan Microsoft Word untuk menaip teks serta penggunaan keyboard, mouse dan tools yang terdapat di dalam Microsoft Word. Selain itu, para pelajar turut membuka lembaran Dashboard Mykomuniti untuk memuat naik ucapan kepada komuniti setempat serta menyelesaikan cantuman puzzle Klik Dengan Bijak (KDB).
Tarikh : 26/07/2019 Masa : 08.30 AM – 12.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 15 Orang |
Tujuan :
Kelas ICT bersama kanak-kanak Tadika KEMAS Kampung Sungai Mun telah diadakan pada 26 Julai 2019 (Jumaat) bermula pukul 8.30 pagi hingga 12 tengahari bertempat di PEDi Kampung Pagar Sasak. Kelas ICT ini disertai seramai 15 orang kanak-kanak tadika serta guru pembimbing dan pembantu tadika. Tujuan kelas ini diadakan adalah, memberi pengenalan dan pendedahan kepada kanak-kanak Tadika KEMAS tentang asas komputer dan ICT serta menarik minat kanak-kanak untuk menggunakan komputer dan internet bagi tujuan pembelajaran secara interaktif.
Aktiviti :
Dalam kelas ini kanak-kanak tadika diberi penerangan secara ringkas oleh petugas PEDi cara-cara penggunaan komputer seperti penggunaan tetikus dan papan kekunci. Setelah itu,para pelajar diberi penerangan mengenai sesi e-pembelajaran menggunakan laman web educational games and puzzles (digipuzzle.net/education). Di dalam kelas ini para pelajar diberi tunjuk ajar dan latihan yang tersedia sambil dibantu dan dipantau oleh petugas, guru pembimbing dan pembantu tadika.
Tarikh : 28/06/2019 Masa : 03.00 PM – 05.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Kelas Multimedia ini telah diadakan di PEDi pada 28 Jun 2019 bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang dan dihadiri oleh pelajar sekolah rendah SK Pagar Sasak. Kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada pelajar sekolah rendah dalam penggunaan internet untuk mencari gambar di lembaran Google Search-image. Selain itu, mendedahkan dan mengajar kepada pelajar cara untuk memuat turun dan menyimpan gambar yang dicari didalam folder.
Aktiviti :
Pelbagai aktiviti yang diadakan ketika kelas ini berlangsung antaranya ialah, petugas menerangkan cara-cara mencari dan memuat turun gambar di lembaran Google image, menamakan gambar tersebut dan menyimpan gambar yang dimuat turun didalam folder. Selain itu, para pelajar juga diajar cara untuk mengedit gambar mengikut saiz yang dikehendaki. Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah memuat naik ucapan dan gambar di lembaran Dashboard Mykomuniti serta tayangan dan penerangan video KDB yang bertajuk ‘maklumat palsu’ dan memberi penerangan mengenai portal sebenarnya.my.