Tarikh : 29/03/2019 Masa : 10.00 AM – 12.30 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 08 Orang |
Tujuan :
Kelas komputer menguuna Microsoft Powerpoint telah diadakan pada 29/03/2019 (Jumaat) bermula pukul 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah menengah, pelajar sekolah rendah dan tadika seramai 8 orang. Kelas ini diadakan bagi memberi pengenalan kepada para pelajar tentang Microsoft Powerpoint disamping memberi pendedahan kepada mereka cara-cara penggunaan Microsoft Powerpoint dengan membuat slide dan memasukkan rekaan latarbelakang mengikut gambar dan kreativiti masing-masing.
Aktiviti :
Sepanjang kelas ini dijalankan pelbagai aktiviti dan pengisian yang dijalankan oleh petugas PEDi, antaranya ialah petugas PEDi memberi penerangan mengenai asas penggunaan Microsoft Powerpoint sebelum mengajar dan membuat latihan yang diberikan. Para pelajar turut diajar menggunakan segala bentuk elemen yang ada didalam Microsoft Powerpoint bagi menghasilkan slide yang cantik dan menarik.
Tarikh : 23/0122019 Masa : 09.30 AM – 12.30 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 03 Orang |
Tujuan :
Latihan kelas komputer iaitu kelas Paint telah diadakan pada 23/02/2019 (Sabtu) bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari yang mana dihadiri oleh sekolah rendah seramai 3 orang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengasah bakat kreativiti para pelajar melukis dan mewarna menggunakan Paint, disamping memberi pendedahan dan meningkatkan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar dalam bidang seni lukis.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas ini diadakan adalah, para pelajar diajar melukis gambar rumah dengan menggunakan bentuk-bentuk yang tersedia serta mewarna gambar rumah mereka mengikut kreativiti masing-masing. Setelah selesai melukis dan mewarna, pelajar turut diajar oleh petugas PEDi cara-cara untuk menyimpan hasil lukisan mereka dalam bentuk format JPEG agar mudah untuk melihat kembali dan memuatnaik gambar tersebut. Disamping itu, para pelajar turut diberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dengan menonton video Buli Siber dan kelas ini diakhiri dengan para pelajar memuatnaik hasil lukisan rumah mereka ke dalam Dashboard Mykomuniti.
Tarikh : 19/01/2019 Masa : 08.00 AM – 01.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 195 Orang |
Tujuan :
Program Jom Sihat bersama PEDi Kg Pagar Sasak telah diadakan pada 19/01/2019 (Sabtu) di PEDi Kg Pagar Sasak bermula jam 8.00 AM hingga 1.00 PM. Tujuan program ini diadakan adalah; memperkenalkan PEDi sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkan kerjasama PEDi dengan Komuniti Kampung, Agensi, MPKK dan NGO bagi mewujudkan komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti :
Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan, antaranya ialah; senamrobik dan berjalan 1000 langkah, ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, pemeriksaan kahak, demostrasi memberus gigi, pertandingan masakan kerabu sihat, pertandingan seni kolaj buah-buahan, pertandingan artikel kesihatan (Dashboard Mykomuniti), pertandingan muat naik produk (Dashboard Myshop), pertandingan melabel lokasi sekitar (Dashboard Myplace), pertandingan kuiz kesihatan (Kahoot), muat turun aplikasi Dashboard Komuniti, sumbangan barangan E-Waste dan Klik Dengan Bijak (KDB).
Tarikh : 17/02/2019 Masa : 09.30 AM – 01.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 05 Orang |
Tujuan :
Kelas E-pembelajaran telah diadakan di PEDi Kg Pagar Sasak pada 17/02/2019 (Ahad) bermula pukul 9.30 pagi sehingga 1.00 petang. Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dan tadika seramai 5 orang. Kelas ini diadakan bagi menggalakkan penggunaan internet sebagai salah satu medium dan platform pembelajaran secara atas talian kepada para pelajar disamping memupuk para pelajar agar menggunakan internet dengan pengisian dan aktiviti yang bermanfaat.
Aktiviti :
Sepanjang kelas ini dijalankan pelbagai aktiviti dan pengisian yang dijalankan oleh petugas PEDi, antaranya ialah pelajar diminta untuk membuka pautan ‘coloring for all’ bagi memulakan pembelajaran atas talian. Sebagai contoh, ‘Dots’ (mencantum gambar mengikut urutan nombor), ‘Puzzle’ (mencantum dan menyusun cebisan gambar dengan betul), dan ‘coloring’ (mewarna gambar haiwan mengikut padanan warna yang betul). Disamping itu, para pelajar turut menggunakan Dashboard Mykomuniti untuk memuat naik ucapan dan hebahan mengenai aktiviti mereka pada hari tersebut kepada komuniti setempat.
Tarikh : 16/01/2019 Masa : 03.00 PM – 05.00 PM Lokasi : Balairaya Kg Pagar Sasak Peserta : 16 Orang |
Tujuan :
PEDi Kg Pagar Sasak telah mengadakan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan penerangan E-waste kepada ahli wanita Persatuan WI ketika Mesyuarat Agong WI Mukim Kechau 2019. Mesyuarat ini telah diadakan pada 16/01/2019 (Rabu) bermula jam 3.00 PM hingga 5.00 PM, bertempat di Balairaya Kg Pagar Sasak. Taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan dan penerangan kepada wanita WI mengenai penggunaan internet dengan betul dan selamat serta E-Waste. Mesyuarat Agong WI ini telah dihadiri oleh seramai 16 orang ahli persatuan.
Aktiviti :
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Kechau sebagai perasmi mesyuarat dan pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program berlangsung. Antaranya ialah pertandingan meneka helaian muka surat sebuah Novel, membentangkan minit-minit Mesyuarat WI yang lepas, edaran risalah KDB oleh petugas PEDi. Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenenang pertandingan dan mesyuarat diakhiri dengan sesi bergambar bersama ahli WI dan Penghulu Mukim Kechau serta sedikit jamuan ringan sebelum majlis bersurai.