Tarikh  : 14/07/2018

Masa  : 10.00 AM – 12.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 6 Orang

 

20180714 104617

Tujuan :

Kelas asas Microsoft word ini diadakan bagi memberi pendedahan dan meningkatkan tahap penguasaan para pelajar dalam penggunaan Microsoft Word. Kelas ini dihadiri oleh para pelajar sekolah rendah dan mereka diberi tunjuk ajar oleh petugas PEDi mengenai asas Microsoft Word.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan ialah, para pelajar diajar membuka lembaran Microsoft Word dan petugas PEDi memberi tunjuk ajar kepada mereka mengenai asas dalam penggunaan Microsoft Word seperti menaip abjad. Selain itu, para pelajar turut diberi penerangan Klik Dengan Bijak (KDB) oleh petugas PEDi iaitu mengenali perkakasan komputer serta para pelajar menggunakan Dashboard Mykomuniti untuk membuat ucapan dan hebahan kepada komuniti setempat. 

 

 


 

Tarikh  : 13/07/2018

Masa    : 8.30 AM – 12.30 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 25 Orang

 

IMG-20180723-WA0008

Tujuan :

Program Klik Dengan BIjak (KDB) bersama Tadika KEMAS Kg Sungai Mun diadakan pada hari Jumaat (13.07.2018) bertempat di PEDi Kg Pagar Sasak dan disertai oleh para pelajar Tadika seramai 23 orang serta dua orang guru pengiring. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada para pelajar Tadika serta guru mengenai pembelajaran penggunaan ICT untuk peringkat kanak-kanak.

Aktiviti :

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program berlangsung antaranya ialah mewarna atas talian, Klik Dengan BIjak (KDB) dan tayangan video lagu kanak-kanak.


 

 

Tarikh   : 21/06/2018

Masa     : 2.00 PM – 5.00 PM

Lokasi   : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta   : 12 Orang


20180621 163431

 

Tujuan :

Kelas Microsoft Publisher ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dan menengah seramai 12 orang. Tujuan kelas ini diadakan adalah memberi tunjuk ajar kepada para pelajar mengenai cara-cara menggunakan Microsoft Publisher untuk menghasilkan kad hari raya sempena hari raya aidilfitri yang lalu serta menambah dan meningkatkan lagi pengetahuan dan daya kreativiti para pelajar menghasilkan kad hari raya menggunakan Microsoft Publisher.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dilakukan adalah, petugas PEDi memberi tunjuk ajar kepada para pelajar menggunakan Microsoft Publisher bagi mereka dan menghasilkan kad hari raya. Selain itu, para pelajar turut menggunakan Dashboard Mykomuniti untuk memuat naik ucapan Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan dan komuniti setempat. Disamping itu, petugas PEDi juga memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu “Check Your Label” dan pelajar turut menyemak status telefon masing-masing.

 


 

Tarikh  : 24/06/2018

Masa    : 2.30 PM – 5.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 4 Orang


IMG 20180624 154035

Tujuan :

Kelas Microsoft Powerpoint ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar kepada para pelajar cara-cara menghasil sampul duit raya menggunakan Microsoft Powerpoint disamping menambahkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar dalam penggunaan Microsoft Powerpoint.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan adalah petugas PEDi mengajar para pelajar membuatsampul duit raya menggunakan Microsoft Powerpoint dengan daya kreativiti tersendiri serta turut menggunakan Dashboard Mykomuniti untuk memuat naik ucapan dan gambar. Selain itu, para pelajar diberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan tayangan video “Panduan Keselamatan Melayari Internet”oleh petugas PEDi.

 


 

Tarikh  : 06/05/2018

Masa  : 2.30 PM – 4.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 13 Orang

 

 

 

 


IMG 20180506 151858

Tujuan :

Kelas Microsoft Powerpoint ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan penggunaan pelajar dalam menggunakan Microsoft Powerpoint disamping mengasah bakat para pelajar menghasilkan slide pembentangan yang menarik dan kreatif. Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah menengah dan rendah seramai 13 orang.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas ini dijalankan adalah, para pelajar diarahkan untuk mencari latar belakang (background) bertemakan buku di google image dan seterusnya menaip peribahasa Melayu dan Inggeris yang disediakan oleh petugas PEDi di dalam Microsoft Powerpoint. Selain itu, para pelajar menggunakan Dashboard Mykomuniti untuk memuat naik ucapan dan hebahan kepada komuniti setempat disamping menonton tayangan video “Tips keselamatan menggunakan internet” sambil diberi penerangan oleh petugas PEDi.