Tarikh : 04/05/2018 Masa : 7.30 AM – 12.30 PM Lokasi : PEDi Kg Merapoh Peserta : 203 Orang (Komuniti) |
Tujuan :
Program Hari Bersama Komuniti PEDi 2018 telah diadakan pada 04.05.2018 (Jumaat) bertempat di PEDi Kg Merapoh. Tujuan program ini diadakan adalah bagi meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan komuniti tentang penggunaan IT dengan bijak hasil kerjasama antara PEDi Kg Merapoh, PEDi Sg Temau, PEDi Kg Pagar Sasak dan PEDi Kg Telemin.
Aktiviti :
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlangsung. Antaranya ialah :Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB), Sebenarnya.my, promosi FB Menarik Di Lipis, pertandingan menaip terpantas ICT, pertandingan puzzle KDB online, Dashboard Mykomuniti, muat turun aplikasi Dashboard, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan mewarna keluarga, pertandingan masakan, pertandingan gubahan bunga dan E-Waste.
Tarikh : 27/04/2018 Masa : 2.30 PM – 5.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Word ini telah diadakan di PEDi Kg Pagar Sasak dan dihadiri seramai 10 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini adakan bagi meningkatkan kemahiran menaip para pelajar menggunakan Microsoft Word mengikut format teks yang diberikan oleh petugas PEDi.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas ini berlangsung adalah, para pelajar diberi teks oleh petugas PEDi dan diminta untuk menaip teks tersebut dengan menggunakan Microsoft Word. Disamping itu, para pelajar turut memuat naik ucapan dan hebahan di Dashboard Mykomuniti serta menjawab kuiz Klik Dengan Bijak (KDB) yang diberikan oleh petugas PEDi.
Tarikh : 30/03/2018 Masa : 3.00 PM – 5.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Kelas multimedia Movie Maker ini diadakan bagi memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada para pelajar mengenai penggunaan Movie Maker dalam menghasilkan video. Kelas ini diadakan di PEDi Kg Pagar Sasak dan dihadiri seramai 10 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.
Aktiviti :
Di dalam kelas ini para pelajar diajar oleh petugas PEDi untuk menggunakan software Movie Maker dalam menghasilkan video, disamping para pelajar turut diajar cara menambah tulisan atau Text ke dalam video tersebut. Selain itu, para pelajar menggunakan Dashboard Mykomuniti untuk memuat naik ucapan dan hebahan kepada penduduk sekitar serta aktiviti lain yang dijalankan adalah, para pelajar diberi taklimat oleh petugas PEDi dan menonton video Klik Dengan Bijak.
Tarikh : 21/04/2018 Masa : 7.00 AM – 1.30 PM Lokasi : Sek Keb (LKTP) Kechau 1 Peserta : 250 Orang |
Tujuan :
Program Mesra IT Dun Padang Tengku 2018 ini merupakan jalinan kerjasama antara Pejabat Dun Padang Tengku dan PEDi dibawah Dun Padang Tengku. Program ini diadakan bagi meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan komuniti setempat mengenai penggunaan IT dengan bijak serta mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan antara komuniti setempat khasnya komuniti Dun Padang Tengku dengan PEDi.
Aktiviti :
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB), Pameran Agensi (BOMBA, POLIS, APM, KOSPEN, PERGIGIAN) dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Selain itu, pameran dan jualan produk usahawan komuniti Dun Padang Tengku, pertandingan perlawanan Woodball wanita, pertandingan sukaneka bagi golongan kanak-kanak dan dewasa, pertandingan masakan berasaskan ikan patin, pertandingan menaip terpantas serta memuat turun aplikasi DASHBOARD.
Tarikh : 16/03/2018 Masa : 3.00 PM – 5.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 5 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Excel ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah seramai 5 orang, yang mana kelas ini diadakan bertujuan memberi tunjuk ajar dan latihan kepada para pelajar dalam menggunakan Microsoft Excel disamping meningkatkan pengetahuan mereka dalam penggunaan Microsoft Excel melalui aktiviti yang diberikan oleh petugas PEDi.
Aktiviti :
Aktiviti yang dijalankan di dalam kelas ini adalah para pelajar diajar membina Teka Silang Kata menggunakan Microsoft Excel dengan membuat Border kotak, mengubah saiz Row Height dan Column Width serta memasukkan gambar dan data ke dalam Excel Teka Silang Kata mereka. Di samping itu, para pelajar turut menggunakan Dashboard Mykomuniti untuk memuat naik hasil gambar Teka Silang Kata mereka.