Tarikh : 21/06/2018 Masa : 2.00 PM – 5.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 12 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Publisher ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dan menengah seramai 12 orang. Tujuan kelas ini diadakan adalah memberi tunjuk ajar kepada para pelajar mengenai cara-cara menggunakan Microsoft Publisher untuk menghasilkan kad hari raya sempena hari raya aidilfitri yang lalu serta menambah dan meningkatkan lagi pengetahuan dan daya kreativiti para pelajar menghasilkan kad hari raya menggunakan Microsoft Publisher.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dilakukan adalah, petugas PEDi memberi tunjuk ajar kepada para pelajar menggunakan Microsoft Publisher bagi mereka dan menghasilkan kad hari raya. Selain itu, para pelajar turut menggunakan Dashboard Mykomuniti untuk memuat naik ucapan Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan dan komuniti setempat. Disamping itu, petugas PEDi juga memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu “Check Your Label” dan pelajar turut menyemak status telefon masing-masing.