BELIMBING BULUH REBUS
Belimbing buluh ini adalah bahan asas untuk menbuat Sambal Hitam, ianya berbuah mengikut musim dan perlu dimasak dahulu sebelum digunakan untuk memasak sambal hitam.
Proses merebus mengambil masa lebih kurang 7 - 8 jam bagi memastikan belimbing yang direbus menjadi cantik dan kering sepenuhnya.
Semasa merebus perlu diletak garam bersama belimbing tersebut bagi mengelakkan belimbing itu hancur semasa proses merebus tersebut.
Air rebusan itu boleh digunakan, jadi boleh diambil dan disimpan. Jika ingin makan ikan bakar, air rebusan atau air asam bole digunakan sebagai pencicah ikan bakar, sangat lazat bila di dimakan.
http://kgpagarsasak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/produk-tempatan#sigFreeId16cb791d19