Tarikh : 15/02/2018 |
Tujuan :
Kelas pembelajaran secara atas talian ini telah dihadiri seramai 10 orang pelajar sekolah, dimana kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar dalam menggunakan internet sebagai medium pembelajaran mereka.
Aktiviti :
Aktiviti yang dijalankan didalam kelas ini adalah, para pelajar diajar membuka search web ‘Google Translate’ dan menggunakan aplikasi tersebut dalam membuat latihan yang diberi oleh petugas iaitu mencari maksud perkataan di dalam ‘Google Translate’ dan menulis kembali maksud perkataan tersebut. Selain itu, para pelajar turut membuka Dashboard Mykomuniti dan memuat naik ucapan sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini, serta petugas PEDi turut mengadakan pemeriksaan kesihatan terhadap para pelajar dan mengajar mereka bagaimana untuk melihat keputusan bacaan denyutan jantung dan tekaan darah mereka didalam aplikasi Dashboard Myhealth.
Tarikh : 09/02/2018 |
Tujuan :
Kelas melukis menggunakan Paint ini dihadiri oleh pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah seramai 12 orang. Kelas ini diadakan bertujuan memberi tunjuk ajar kepada para pelajar cara-cara untuk melukis menggunakan Paint, disamping mengasah bakat kreativiti para pelajar dalam menghasilkan lukisan jam mengikut imaginasi masing-masing.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan ialah para pelajar diajar melukis gambar jam dinding menggunakan ‘shapes’ serta menghias jam mereka menggunakan pelbagai jenis warna dan simbol-simbol yang disukai. Aktiviti lain, para pelajar turut memuat naik hasil gambar jam dinding ciptaan mereka di Dashboard Mykomuniti serta mengadakan slot Klik Dengan Bijak (KDB) dengan memaparkan video mengenai Check Your Label yang mana para pelajar diberi penerangan dan pendedahan mengenai keutamaan menggunakan peranti seperti telefon bimbit yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang.
Tarikh : 19/01/2018 Masa : 3.00 PM – 5.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 12 Orang |
Tujuan :
Kelas multimedia ini telah diadakan oleh petugas PEDi bertujuan memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada para pelajar dalam menggunakan Youtube sebagai platform untuk belajar dan menonton video yang bermanfaat disamping dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dalam penggunaan internet khusus online web.
Aktiviti :
Aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas ini berlangsung adalah, para pelajar diajar untuk membuka laman web Youtube di Google, seterusnya mencari dan memilih video yang bersesuaian untuk ditonton serta petugas turut mengajar cara-cara untuk meningkatkan dan merendahkan volume video, membesarkan dan mengecilkan skrin video, dan penggunaan butang ‘pause’ dan ‘stop’ video. Selain itu, para pelajar juga diberi penerangan oleh petugas PEDi mengenai video Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertajuk “kebaikan dan keburukan internet” serta para pelajar turut memuat naik ucapan dan hebahan di Dashboard Mykomuniti.
Tarikh : 20/01/2018 Masa : 2.30 PM – 5.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 9 Orang |
Tujuan :
Kelas asas komputer ini diadakan bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan penguasaan para pelajar dalam mempelajari dan menggunakan komputer terutamanya perkara asas seperti penggunaan Microsoft Publisher.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang diadakan adalah, para pelajar diajar membuat kalendar tahunan 2018 menggunakan Microsoft Publisher, disamping memuat naik ucapan dan hebahan di Dashboard Mykomuniti serta diberi penerangan mengenai video Klik Dengan Bijak (KDB).
Tarikh : 07/12/2017 Masa : 9.00 AM – 1.00 PM Lokasi : Perkarangan Masjid Kg Petola Peserta : 63 Orang |
Tujuan :
Aktiviti sukaneka ini dianjurkan oleh KEMAS bahagian Kg Petola dengan penglibatan seramai 63 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dan komuniti setempat. Tujan aktiviti ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan komuniti dengan aktiviti bersukan, disamping memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.
Aktiviti :
Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah aktiviti gotong-royong memasak dan jamuan makan, senaman pagi oleh wakil KOSPEN dan aktiviti sukaneka seperti tarik tali, tiup belon, baling selipar, pancing botol dan sebagainya.