Tarikh  : 24/06/2018

Masa    : 2.30 PM – 5.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 4 Orang


IMG 20180624 154035

Tujuan :

Kelas Microsoft Powerpoint ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar kepada para pelajar cara-cara menghasil sampul duit raya menggunakan Microsoft Powerpoint disamping menambahkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar dalam penggunaan Microsoft Powerpoint.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan adalah petugas PEDi mengajar para pelajar membuatsampul duit raya menggunakan Microsoft Powerpoint dengan daya kreativiti tersendiri serta turut menggunakan Dashboard Mykomuniti untuk memuat naik ucapan dan gambar. Selain itu, para pelajar diberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan tayangan video “Panduan Keselamatan Melayari Internet”oleh petugas PEDi.