Tarikh  : 26/06/2019

Masa    : 02.30 PM – 05.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 07 Orang


DORAEMON

Tujuan :

Kelas Microsoft Paint ini telah diadakan pada 26 Jun 2019 bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang di PEDi Kampung Pagar Sasak. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan kepada pelajar cara menggunakan Microsoft Paint bagi melukis gambar kartun Doraemon serta memberi pendedahan tentang penggunaan Microsoft Paint dengan lebih mendalam seperti memasukkan bentuk-bentuk dan mewarna objek yang dilukis.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang diadakan didalam kelas ini adalah, petugas memberi penerangan mengenai elemen-elemen yang terdapat dalam Microsoft Paint serta kegunaanya disamping memberi tunjuk ajar kepada para pelajar cara-cara  melukis gambar kartun Doraemon langkah demi langkah sehingga selesai. Selain itu, para pelajar turut membuka lembaran Dashboard Mykomuniti untuk memmuat naik ucapan dan hebahan kepada komuniti di ruangan mykomuniti.


 

Tarikh  : 20/05/2019

Masa    : 03.00 PM – 04.30 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 04 Orang

 

COLORING

Tujuan :

Kelas E-pembelajaran bagi pelajar sekolah rendah telah diadakan pada 20 Mei 2019 (Isnin) bermula jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Kelas ini dihadiri seramai 4 orang pelajar SK Pagar Sasak bagi mengisi masa lapang ketika musim cuti sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah, memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran secara atas talian serta menggalakkan pelajar menggunakan internet sebagai salah satu medium pembelajaran.

Aktiviti :

Sepanjang kelas ini diadakan pelajar diberi penerangan oleh petugas mengenai aktiviti E-pembelajaran yang terdapat dalam laman web coloring4all.com disamping memastikan pelajar menyiapkan kesemua aktiviti yang tersedia dengan betul dan tepat. Selain itu, petugas turut memberi tunjuk ajar kepada para pelajar untuk melengkapkan dan menyiapkan kesemua aktiviti.

 


 

Tarikh  : 28/04/2019

Masa    : 08.00 PM – 01.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 208 Orang (Komuniti)


HBK

Tujuan :

Program Hari Bersama Komuniti PEDi Kg Pagar Sasak 2019 telah diadakan pada 28 April 2019 (Ahad) bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini diadakan bagi memperkenalkan PEDi sebagai tempat rujukan komuniti dalam bidang ICT, mengeratkan hubungan kerjasama PEDi dengan komuniti kampung, agensi, MPKK dan NGO untuk mewujudkan koumniti yang celik IT. Disamping itu, dapat meningkatkan keahlian baru PEDi serta meningkatkan kesedaran komuniti agar memulihara alam sekitar melalui kempen E-Waste yang diadakan ketika program berlangsung. Program ini juga diadakan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti tentang penggunaan internet secara berhemah dan bijak.

Aktiviti :

Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang diadakan sepanjang program ini diadakan. Antaranya ialah, pameran agensi daripada  Bomba, Polis, Kesihatan, Ceragem, KEMAS dan AADK, taklimat dashboard dan advokasi,  taklimat kesihatan, taklimat keselamatan, dan aktiviti senaman kerusi. Selain itu,aktiviti  E-Waste  juga turut diadakan serta memuat turun aplikasi Dashboard dalam kalangan komuniti dan pengunjung yang hadir. Disamping itu, pelbagai pertandingan turut diadakan seperti mewarna menggunakan Microsoft Paint, Gubahan bunga melalui Youtube, menaip terpantas kuiz online kahoot dan mengarang artikel Mykomuniti.


 

Tarikh  : 20/05/2019

Masa    : 02.00 PM – 02.30 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 02 Orang


PAINT

Tujuan :

Kelas asas ICT menggunakan Microsoft Paint telah diadakan pada 20 Mei 2019 (Isnin) bermula jam 2.00 petang sehingga 2.30 petang dan dihadiri oleh 2 orang pelajar. Tujuan kelas ini diadakan ialah memberi pengenalan kepada pelajar mengenai asas penggunaan Microsoft paint dan memberi pendedahan agar pelajar dapat menggunakan Microsoft paint secara lebih mendalam dan kreatif.

Aktiviti :

Ketika kelas ini diadakan petugas memberi penerangan mengenai elemen-elemen yang terdapat dalam Microsoft Paint serta kegunaannya. Para pelajar juga diberi tunjuk ajar untuk menggunakan dan memasukkan shapes yang dikehendaki dan menyusunnya secara teratur dan kemas, disamping memberi tunjuk ajar bagi mewarna bentuk yang dipilih dengan kemas dan cantik.

 


 

Tarikh  : 12/04/2019

Masa    : 02.30 PM – 05.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 09 Orang

 

MS-WORD

Tujuan :

Kelas ICT untuk pelajar sekolah telah diadakan pada 12 April 2019 (Jumaat) bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang bertempat di PEDi Kg Pagar Sasak. Kelas ICT ini dihadiri oleh pelajar sekolah menengah dan rendah seramai 9 orang. Kelas ini diadakan bagi memberi pengenalan kepada para pelajar tentang asas-asas penggunaan Microsoft Word, disamping memberi pendedahan dan tunjuk ajar yang lebih mendalam dalam menggunakan elemen-elemen dalam Microsoft Word.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang diadakan sepenjang kelas ini berlangsung adalah, pelajar diberi penerangan oleh petugas PI mengenai elemen-elemen yang terdapat dalam Microsoft Word serta mengajar mereka menaip teks yang diberikan menggunakan format yang betul. Selain itu, para pelajar juga membuka lembaran Dashboard Mykomuniti untuk membuat ucapan dan hebahan kepada komuniti.