Tarikh  : 21/12/2018

Masa    : 09.00 AM – 12.30 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 10 Orang


PP

Tujuan :

Kelas Microsoft Powerpoint ini telah diadakan di PEDi Kg Pagar Sasak pada 21/12/2018 bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan dihadiri  seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan para peserta dalam penggunaan Microsoft Powerpoint untuk memadamkan latar belakang gambar. Disamping dapat memaklumkan kepada para pelajar mengenai pengguna Microsoft Powerpoint yang pelbagai selain membuat slide pembentangan.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas ini diadakan ialah menggunakan Microsoft Powerpoint untuk mengubah latar belakang gambar dan objek-objek yang tidak dikehendaki di dalam gambar yang dipilih. Selain itu, para pelajar turut memuat turun aplikasi Dashboard di dalam telefon pintar masing-masing sambil diberi penerangan oleh petugas PEDi mengenai Dashboard di dalam peranti telefon. Di samping itu, para pelajar memuat naik ucapan dan gambar ke dalam Dashboard Mykomuniti masing-masing mengenai aktiviti yang dipelajari pada hari tersebut. Pada penghujung kelas petugas PI memberi taklimat advokasi KDB mengenai video ‘Check Your Label’ dan menunjukkan cara-cara untuk memeriksa keaslian telefon pintar masing-masing.


 

Tarikh  : 19/12/2018

Masa    : 03.00 PM – 05.30 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 14 Orang


KEMAS-CILIK

Tujuan :

Program Kraftangan KEMAS bersama Ahli Cilik PEDi Kg Pagar Sasak telah diadakan pada 19/12/2018 bermula jam 3.00 petang hingga 5.30 petang bertempat di PEDi Kg Pagar Sasak. Program ini dihadiri oleh seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada ahli wanita KEMAS, ahli cilik PEDi Kg Pagar Sasak dan tenaga pengajar KEMAS. Program ini diadakan bertujuan mengasah bakat dan daya kreativiti ahli cilik PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah selain para wanita KEMAS dalam bidang kraftangan pembuatan bunga hiasan serta menberi tunjuk ajar kepada para peserta dalam bidang kraftangan kreatif.

Aktiviti :

Antara aktiviti utama dalam program ini ialah pembuatan kraftangan bunga hiasan yang dimulai dengan sesi taklimat dan penerangan mengenai cara-cara pembuatan kraftangan oleh tenaga pengajar KEMAS iaitu Puan Faezah. Seterusnya Puan Faezah memberi tunjuk ajar dengan melakukan demostrasi cara yang betul dan mudah kraftangan bunga hiasan yang cantik dan kemas. Seterusnya, para peserta diberi peluang membuat kraftangan bunga hiasan dengan bantuan tenaga pengajar dan akhirnya semua peserta yang terlibat dapat menghasilkan kraftangan bunga hiasan yang cantik dan sempurna. Setelah selesai membuat kraftangan, petugas PEDi mengedarkan risalah Klik Dengan Bijak (KDB) dan memberi penerangan kepada semua peserta program.


 

Tarikh  : 16/11/2018

Masa    : 09.00 AM – 12.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 24 Orang


TADIKA KEMAS

 

Tujuan :

Kelas ICT dan Klik Dengan Bijak (KDB) bersama Tadika KEMAS Kg Sungai Mun telah diadakan di PEDi Kg Pagar Sasak pada 16/11/2018 (Jumaat) dan dihadiri oleh 22 orang kanak-kanak tadika dan 2 orang guru pengiring. Kelas ICT ini diadakan bagi mengajar kanak-kanak tadika yang berumur 6 tahun ke bawah dalam penggunaan asas ICT. Ketika kelas ini dijalankan kanak-kanak tadika diberi pendedahan oleh petugas PEDi menggunakan papan kekunci untuk menaip abjad/huruf dan nombor ke dalam Microsoft word.

Aktiviti :

Pelbagai aktiviti dijalankan oleh petugas PEDi ketika kelas ICT ini dijalankan. Antaranya ialah, menaip abjad ABC dan nombor mengikut urutan menggunakan lembaran Microsoft Word. Selaiin itu,  mereka juga turut diajar menggunakan puzzle online dengan menunjukkan cara-cara menggerakan tetikus bagi mencantumkan gambar puzzle dengan sempurna. Disamping itu, petugas PEDi turut membuat tayangan video pembelajaran lagu kanak-kanak dan KDB diakhir kelas kepada para kanak-kanak Tadika dan guru pengiring.


 

Tarikh  : 17/11/2018

Masa    : 09.30 AM – 01.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 18 Orang


CHEF CILIK

 

Tujuan :

Program Chef Cilik dan kelas ICT bersama pelajar tadika, sekolah rendah dan menengah telah diadakan pada 17/11/2018 di PEDi Kg pagar Sasak bermula jam 9.30 pagi sehingga 1.00 petang. Program ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan para pelajar dalam penggunaan Microsoft Office dengan menggunakan tools, memuat turun gambar daripada internet dan membuat demostrasi pembuatan sandwich.

Aktiviti :

Program ini dimulai dengan menyediakan bahan-bahan untuk membuat sandwich, kemudian para peserta diberi penerangan tentang cara dan resepi membuat sandwich. Selain itu, peserta diberi tugasan memuat turun gambar melalui google image dan petugas PEDi memberi tunjuk ajar cara-cara memasuk gambar ke dalam Microsoft Word dan menaip resepi dan cara pembuatan sandwich di dalam lembaran Microsoft Word. Di samping itu, para peserta juga menggunakan dashboard Mykomuniti untuk membuat ucapan dan hebahan kepada komuniti mengenai aktiviti mereka pada hari tersebut. Di akhir program, petugas memberi taklimat KDB yang bertajuk ‘tips keselamatan di internet’ kepada para peserta chef cilik.


 

Tarikh  : 20/10/2018

Masa    : 10.30 AM – 01.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 09 Orang

 

20181020 120018

Tujuan :

Kelas melukis menggunakan Paint ini telah diadakan pada 20/10/2018 bertempat di PEDi Kg Pagar Sasak dan dihadiri oleh pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah seramai 9 orang. Kelas Paint ini diadakan bagi memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada para pelajar mengenai cara-cara penggunaan Paint bagi melukis dan mewarna lukisan mereka serta menambahkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menggunakan Paint.

Akitiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan adalah, para pelajar diajar oleh petugas PEDi cara-cara melukis dan mereka gambar kereta menggunakan Paint mengikut kreativiti masing-masing. Mereka melukis gambar kereta menggunakan tools, shapes dan mewarnakan gambar kereta tersebut mengikut minat dan citarasa sendiri. Selain itu, setelah selesai menghasilkan gambar  kereta, para pelajar memuat naik ucapan dan hebahan kepada komuniti stempat di Dashboard Mykomuniti serta petugas memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk ‘Check Your Label’ kepada para pelajar.