Tarikh : 14/09/2018 Masa : 02.30 PM – 05.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 08 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Word ini diadakan di PEDi Kg Pagar Sasak dan dihadiri oleh 8 orang pelajar terdiri daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Kelas ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasaan para pelajar dalam menggunakan Microsoft Word untuk mengedit gambar dengan memangkas sebahagian gambar yang dipilih.
Aktiviti :
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang kelas iaitu, para pelajar diberi tunjuk ajar oleh petugas PEDi cara-cara memangkas (crop) gambar dalam Microsoft Word serta turut diberi latihan memangkas gambar setelah diberi tunjuk ajar. Di samping itu, para pelajar diberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan menonton video yang bertajuk ‘oversharing’ dan mereka turut memuat naik ucapan sempena Hari Malaysia ke dalam Dashboard Mykomuniti.