SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH

Di Kuala lipis terutamanya di Mukim Kechau, makanan utama yang menjadi pilihan penduduk setempat ialah sambal hitam.

Sambal ini sangat enak dimakan dengan pelbagai cara iaitu;

enak dimakan begitu sahaja, enak juga dicicah dengan lempeng, roti, cekodok(cucur), roti kosong dan nasi panas.

Sambal ini sedang hangat di pasaran, sudah ramai peniaga online kecil-kecilan sedang mempromosikan Sambal Hitam ini ke seluruh negeri di Malaysia.

Bagi yang ingin merasai ke enakan sambal ini bolehlah berkunjung ke Negeri Pahang terutamanya di Daerah Lipis yang sangat terkenal dengan sambal unik ini.