Tarikh : 20/08/2018 Masa : 9.30 AM – 12.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 8 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Powerpoint ini telah dihadiri seramai 8 orang pelajar dan diadakan di PEDi Kg Pagar Sasak. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada para pelajar dalam menggunakan Microsoft Powerpoint dengan lebih kreatif dan menarik.
Aktiviti :
Pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang kelas berlangsung, antaranya ialah para pelajar diberi tunjuk ajar oleh petugas PEDi menggunakan Word Kreatif dalam Microsoft Powerpoint dalam membentuk dan mereka tulisan bergambar. Selain itu, mereka turut menonton video Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Buli Siber dan diberi taklimat mengenai kandungan video tersebut oleh petugas PEDi. Disamping itu, para pelajar turut membuat puzzle online bertemakan kemerdekaan serta memuat naik ucapan dan hebahan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 dan ucapan Hari Raya Aidiladha di Dashboard Mykomuniti.