Tarikh  : 15/11/2019

Masa    : 08.30 AM – 12.00 PM

Lokasi  : SMK Merapoh

Peserta : 47 Orang

 

Tujuan :

Program advokasi KDB bersama pelajar sekolah dan guru SMK Merapoh telah diadakan bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan PEDi kepada pelajar dan guru-guru SMK Merapoh. Disamping itu, aspek-aspek dan nilai klik dengan bijak turut disemai melalui taklimat dan penerangan yang diberikan oleh petugas PEDi bagi melahirkan pelajar yang boleh berfikir secara positif dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Aktiviti :

Antara aktiviti dan pengisian yang diadakan sepanjang program ini diadakan ialah, petugas memberi pengenalan dan mempromosi PEDi kepada para pelajar dan guru yang terlibat serta menyampaikan taklimat dan penerangan mengenai klik dengan bijak bertajuk membina kebingkasan yang merangkumi buli siber, sexting, pengantunan dalam talian dan pengurusan risiko. Selain itu, para pelajar turut diberi tugasan untuk menjawab dan menyelesaikan word search KDB yang disediakan serta petugas turut mengadakan sesi soal jawab bersama pelajar.

Gambar Disini

 


 

Tarikh  : 23/10/2019

Masa    : 03.00 PM – 4.30 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 08 Orang

 

Tujuan :

Kelas Microsoft Paint telah diadakan pada 23 Oktober 2019 dan disertai oleh pelajar sekolah rendah seramai 8 orang. Kelas ini diadakan bertujuanmemberi pendedahan dan pengenalan asas penggunaan Microsoft Paint untuk mewarna gambar buah-buahan serta mengasah bakat para pelajar mewarna menggunakan perisian secara kreatif.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang diadakan ialah petugas memberi tunjuk ajar untuk membuka dan memasukkan gambar buah-buahan yang dipilih ke dalam lembaran Microsoft Paint serta menunjukkan cara-cara penggunaan table tools yang ada seperti pilihan warna dan berus yang sesuai bagi memulakan pelajar untuk mewarna. 

Gambar Disini

 


 

Tarikh  : 27/09/2019

Masa    : 08.30 AM – 12.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 16 Orang

 

Tujuan :

Kelas ICT dan KDB  bersama Tabika KEMAS Kg Sg Mun telah diadakan bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan kepada kanak-kanak Tabika mengenai asas penggunaan komputer seperti papan kekunci dan tetikus. Selain itu, memberi pendedahan asas penggunaan Microsoft Word untuk menaip abjad dan nombor. Disamping itu, petugas PEDi turut memperkenalkan kepada kanak-kanak Tabika mengenai laman web pendidikan pembelajaran atas talian iaitu asas pengiraan.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang diadakan ialah petugas memberi tunjuk ajar dan menunjukkan cara-cara penggunaan papan kekunci dan tetikus sebelum memulakan aktiviti asas menaip di Microsoft Word. Selepas itu, petugas mengarahkan membuka lembaran Microsoft Word bagi menaip asas abjad dan nombor serta memberi tunjuk ajar melakukan aktiviti dan latihan pengiran asas matematik di laman web pendidikan secara atas talian. Di samping itu, para pelajar Tabika jugak diajar untuk menyelesaikan dan mencantum kepingan puzzle KDB secara atas talian beramai-ramai.

Gambar Disini


 

Tarikh  : 11/10/2019

Masa    : 03.30 PM – 05.30 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 10 Orang

 

Tujuan :

Kelas Microsoft Powerpoint bersama pelajar sekolah rendah SK Pagar Sasak telah diadakan pada hari Jumaat jam 3.30 petang sehingga 5.30 petang dan dihadiri seramai 10 orang pelajar. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada para pelajar tentang penggunaan Microsoft Powerpoint dalam membuat slide pembentangan.

Aktiviti :

Semasa kelas ini diadakan, petugas memberi penerangan cara membuka lembaran Microsoft Powerpoint dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara penggunaan table tools yang terdapat di dalam lembaran Microsoft Powerpoint seperti inset picture, new slides, design background, transitions, animations, sounds dan sebagainya. Di samping itu,  pelajar turut memuat turun gambar dari google image untuk kegunaan bagi menghasilkan slide pembentangan serta membuka lembaran dashboard untuk memuat naik gambar yang dipilih oleh para pelajar.

Gambar Disini

 


 

Tarikh  : 18/09/2019

Masa    : 03.00 PM – 05.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 12 Orang

 

Tujuan :

Kelas ICT bersama pelajar sekolah rendah SK Pagar Sasak telah diadakan bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan kepada para pelajar mengenai Microsoft Word iaitu penggunaan shapes. Selain itu, turut memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan internet bagi menukar format Microsoft Word kepada format PDF serta format PDF kepada JPEG. Di samping itu, dapat melahirkan pelajar yang celik IT serta mahir dalam penggunaan ICT dengan lebih meluas dan mendalam seiring dengan peredaran zaman yang serba moden dan canggih.

Aktiviti :

Sepanjang kelas ini diadakan, para pelajar diberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan shapes dalam Microsoft Word bagi menghasilkan word creative. Setelah itu, petugas turut memberi tunjuk ajar cara untuk menukar bentuk format Microsoft Word kepada format PDF & JPEG melalui online converter. Di akhir kelas, pelajar membuka lembaran Dashboard Mykomuniti dan memuat naik gambar yang dipilih.

Gambar Disini