Tarikh : 10/11/2017
Masa   : 2.30 PM – 5.00 PM
Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak
Peserta : 27 Orang

 

20171110 154439


Tujuan : 

Kelas Microsoft Word ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah seramai 27 orang. Kelas ini diadakan bertujuan bagi meningkatkan lagi pengetahuan para pelajar dalam membuat jadual dan memasukkan gambar ke dalam Microsoft Word.


Aktiviti : 

Pelajar diajar membina jadual, kemudian memasukkan gambar yang dipilih ke dalam jadual serta menaip butiran gambar di dalam jadual tersebut. Mereka juga diajar untuk mengubah saiz gambar yang dimasukkan mengikut saiz lajur dan baris jadual yang ditetapkan.




 

 

Tarikh     : 22/10/2017

Masa       : 2.30 PM – 4.30 PM

Lokasi     : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta    : 7 Orang

 

20171022 155849

 

Tujuan : 

Kelas ini dihadiri seramai 7 orang pelajar. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan tahap penggunaan Microsoft Publisher dalam kalangan pelajar.

 

Aktiviti : 

Pelajar diajar membuat kad ucapan Deepavali dengan menggunakan Microsoft Publisher.  Mereka juga diberi tunjuk ajar cara-cara memindahkan gambar ke dalam kad ucapan mereka.  Selain itu, mereka juga menggunakan word creative untuk menghasilkan kad ucapan yang lebih menarik.

 

Gambar di sini

 


 

 

Tarikh  : 15/09/2017

Masa    : 2.30 PM – 4.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 7 Orang

 

Tujuan : 

Kelas ini dihadiri oleh 7 orang pelajar sekolah rendah.  Kelas paint ini dapat melatih para pelajar sekolah menggunakan software ini untuk melukis menggunakan komputer.  Pelajar dilatih dengan melukis gambar "Bendera Malaysia" sempena Hari Malaysia.  Dengan aktiviti ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam menggunakan Paint.

 

Aktiviti :

Pelajar-pelajar diberi penerangan tentang Bendera Malaysia seperti bentuk, warna dan penggunaan Paint.   

Gambar di sini

 


 

 

 

Tarikh     : 06/10/2017

Masa       : 2.30 PM – 5.00 PM

Lokasi     : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta    : 16 Orang

 

 20171006 150004

Tujuan :

Kelas ini dihadiri oleh 16 orang pelajar sekolah rendah.  Dalam kelas ini, mereka diberi tunjuk ajar cara membuka akaun emel masing-masing.  Di samping itu, mereka diberi latihan cara-cara untuk menggunakan emel seperti penggunaan inbox, send item, attachment dan sebagainya.  Secara tidak langsung, mereka dapat memanfaatkan emel mereka dalam e-pembelajaran.

 

Aktiviti :

Para pelajar diberi tunjuk ajar untuk pendaftaran emel.  Mereka diberi latihan dengan berbalas emel sesama rakan-rakan lain di dalam kelas.

Gambar di sini

 


 

 

 

Tarikh  : 11/08/2017

Masa    : 3.00 PM – 5.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 15 Orang

 

Tujuan :

Kelas ini dihadiri oleh 15 orang pelajar sekolah menengah dan rendah.  Melatih para pelajar menggunakan Microsoft Word dalam membuat piramid makanan. Dengan ini, pelajar dapat meningkatkan penggunakan Microsoft Word dalam pelbagai kemahiran.

 

Aktiviti : 

Pelajar-pelajar diberi penerangan tentang piramid makanan iaitu aras-aras makanan.  Mereka diajar dan dilatih menggunakan bentuk-bentuk (shapes) yang terdapat dalam microsoft word untuk membina piramid makanan.  

Gambar di sini