Tarikh : 14/07/2018 Masa : 10.00 AM – 12.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 6 Orang |
Tujuan :
Kelas asas Microsoft word ini diadakan bagi memberi pendedahan dan meningkatkan tahap penguasaan para pelajar dalam penggunaan Microsoft Word. Kelas ini dihadiri oleh para pelajar sekolah rendah dan mereka diberi tunjuk ajar oleh petugas PEDi mengenai asas Microsoft Word.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan ialah, para pelajar diajar membuka lembaran Microsoft Word dan petugas PEDi memberi tunjuk ajar kepada mereka mengenai asas dalam penggunaan Microsoft Word seperti menaip abjad. Selain itu, para pelajar turut diberi penerangan Klik Dengan Bijak (KDB) oleh petugas PEDi iaitu mengenali perkakasan komputer serta para pelajar menggunakan Dashboard Mykomuniti untuk membuat ucapan dan hebahan kepada komuniti setempat.