Tarikh : 18/09/2019 Masa : 03.00 PM – 05.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 12 Orang |
Tujuan :
Kelas ICT bersama pelajar sekolah rendah SK Pagar Sasak telah diadakan bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan kepada para pelajar mengenai Microsoft Word iaitu penggunaan shapes. Selain itu, turut memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan internet bagi menukar format Microsoft Word kepada format PDF serta format PDF kepada JPEG. Di samping itu, dapat melahirkan pelajar yang celik IT serta mahir dalam penggunaan ICT dengan lebih meluas dan mendalam seiring dengan peredaran zaman yang serba moden dan canggih.
Aktiviti :
Sepanjang kelas ini diadakan, para pelajar diberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan shapes dalam Microsoft Word bagi menghasilkan word creative. Setelah itu, petugas turut memberi tunjuk ajar cara untuk menukar bentuk format Microsoft Word kepada format PDF & JPEG melalui online converter. Di akhir kelas, pelajar membuka lembaran Dashboard Mykomuniti dan memuat naik gambar yang dipilih.