Tarikh   : 14/01/2021

Masa     : 09.30 AM –  11.30 AM

Lokasi   : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 01 Orang


Tujuan :

Kelas Microsoft Word ini diadakan bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar cara penggunaan bagi menaip surat kiriman rasmi dan minit mesyuarat serta memberi tunjuk ajar kepada pelajar agar mahir menggunakan Microsoft Word bagi menyiapkan tugasan.

Aktiviti :

Pelajar diberi penerangan mengenai penggunaan Microsoft Word bagi menaip surat kiriman rasmi dan minit mesyuarat mengikut format yang betul. Di samping itu, petugas turut membantu dan memantau pelajar menyempurnakan tugasan sehingga selesai. 

 Gambar Disini

 


 

Tarikh  : 22/12/2020

Masa    : 02.00 PM – 03.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 01 Orang

 

Tujuan :

Kelas ICT bersama belia ini diadakan bagi memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar cara-cara permohonan kerja secara atas talian dan memberi pemahaman kepada pelajar cara-cara menggunakan laman sesawang SPA bagi memohon jawatan pekerjaan.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pelajar diberi penerangan dan tunjuk ajar cara-cara penggunaan search engine-google search bagi laman sesawang SPA serta petugas memantau pelajar melengkapan butiran maklumat seperti yang dikehendaki.

Gambar Disini

 


 

Tarikh  : 07/11/2020

Masa    : 10.00 AM – 12.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 04 Orang

 

Tujuan :

Kursus keusahawanan bersama Encik Abd Razak telah diadakan bersama usahawan di sekitar komuniti PEDi. Kursus ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar/peserta mengenai ilmu keusahawanan yang mana dapat dipraktiskan oleh mereka sekaligus dapat  melahirkan para usahawan yang berpengetahuan dan berjaya dalam bidang jualan dan pemasaran. Selain itu, dapat meningkatkan dan memupuk semangat para pelajar/peserta agar bedaya saing secara sihat bagi menggapai kejayaan.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus adalah peserta diberi taklimat mengenai cara-cara untuk leveraging produk dan jualan mereka agar dikenali umum dan dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka dari masa ke semasa serta mencapai target yang diimpikan. Di samping itu, slot Klik Dengan Bijak turut diadakan bersama peserta dan penceramah. 


Gambar Disini

 


 

Tarikh  : 16/12/2020

Masa    : 05.00 PM – 06.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 01 Orang

 

Tujuan :

Kelas latihan keusahawanan menggunakan Microsoft Publisher ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta cara-cara membuat brochure produk menggunakan Microsoft Publisher. Selain itu, dapat melahirkan usahawan yang berpengetahuan dan celik IT serta meningkatkan semangat usahawan dalam mencari ilmu dan berdaya saing dalam bidang ICT.

Aktiviti :

Pelajar diberi penerangan mengenai penggunaan Microsoft Publisher bagi menghasilkan brochure produk seperti penggunaan tools, sebagai contoh insert shapes & pictures, underline, bold, text box dan sebagainya. Di samping itu, petugas turut membantu dan memantau pelajar menyempurnakan tugasan sehingga selesai. 

Gambar Disini

 


 

Tarikh  : 02/11/2020

Masa    : 03.00 PM – 04.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 01 Orang

 

Tujuan :

Kelas menghasilkan resume menggunakan Microsoft Word ini diadakan bertujuan membantu  pelajar agar mahir menggunakannya dan dapat mengaplikasikannya bagi tujuan pembelajaran mahupun di alam pekerjaan. Selain itu, dapat melahirkan pelajar yang celik IT dan berkemahiran dalam penggunaan komputer.

Aktiviti :

Pelajar diberi penerangan mengenai penggunaan Microsoft Word bagi menghasilkan dan mengemaskini maklumat resume serta memberi tunjuk ajar penggunaan tools yang ada seperti insert shapes, underline, bold, text box dan sebagainya.

 


Gambar Disini