Tarikh  : 04/08/2019

Masa    : 04.00 PM – 05.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 12 Orang

 

Tujuan :

Kelas E-pembelajaran secara atas talian ini telah diadakan pada hari Ahad 04 Ogos 2019  pada pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang dan dihadiri oleh pelajar sekolah menengah dan rendah seramai 12 orang. Tujuan kelas ini diadakan adalah memberi pendedahan dan pengenalan kepada para pelajar mengenai penggunaan internet sebagai medium bagi sesi pembelajaran secara atas talian. Disamping itu, memupuk semangat para pelajar untuk meneroka penggunaan internet dengan perkara yang bermanfaat seperti belajar dan mengulangkaji pelajaran secara atas talian.

Aktiviti :

Ketika kelas ini diadakan, petugas PEDi memberi tunjuk ajar cara penggunaan laman web e-pembelajaran dan memilih topik yang berkaitan supaya para pelajar membuat dan menyiapkan aktiviti dan latihan yang tersedia di dalam laman web tersebut. Sebagai contoh pelajar membuat aktiviti dan latihan subjek sains, bahasa inggeris, matematik dan sebagainya.

Gambar Disini