Tarikh & Masa  : 08/08/2020
                             (10.00 AM – 05.00 PM)

Tarikh & Masa  : 14/08/2020
                             (09.30 AM – 02.30 PM)

Tarikh & Masa  : 15/08/2020
                             (02.30 PM – 05.30 PM)

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 06 Orang


Tujuan :

Kelas latihan keusahawan bagi golongan belia ini diadakan bagi memberi pengenalan dan pendedahakan kepada peserta mengenai pemasaran secara atas talian menggunakan platform shopee serta memberi kefahaman kepada para peserta mengenai aplikasi shopee untuk menjalankan perniagaan secara online

Aktiviti :

Antara aktiviti yang diadakan ialah peserta kelas diberi penerangan tentang cara pemasaran di shopee, mendaftar akaun shopee, memasukkan butiran dan gambar produk di dalam kedai shopee masing-masing. Selain itu, para peserta turut diajar cara untuk mengambil gambar produk dengan betul serta memuat naik ucapan di Dashboard Mykomuniti dan turut memuat naik gambar produk di Dashboard Myshop. Di samping itu, diakhir kelas, tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) turut diadakan.  

Gambar Disini




 

Tarikh  : 09/07/2020

Masa    : 02.30 PM – 04.30 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 01 Orang


Tujuan :

Kelas asas teknologi maklumat dan komunikasi ini diadakan bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar dari golongan wanita atau ibu tunggal mengenai penggunaan internet dan search engine untuk mencari maklumat. Selain itu, memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara pendaftaran bantuan secara online.

Aktiviti :

Aktiviti yang dijalankan ialah, petugas memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan internet di pautan Google search bagi memohon bantuan ibu tunggal secara atas talian. Pelajar diajar mengisi maklumat yang diperlukan di ruangan yang tersedia dengan betul serta memuatnaik dokumen sokongan yang diperlukan sebelum menghantar permohonan. Disamping itu, petugas turut berkongsi maklumat Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta.

Gambar Disini

 

 


 

Tarikh  : 20/06/2020

Masa    : 11.00 AM – 11.30 AM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 01 Orang

 

Tujuan :

Latihan keusahawanan ini diadakan untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar lepasan SPM mengenai penggunaan emel dan memberi tunjuk ajar agar pelajar mahir dan tahu menggunakan emel untuk urusan seharian.

Aktiviti :

Aktiviti yang dijalankan ialah, pelajar diarah membuka lembaran akaun emel di google search dan petugas memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan emel seperti log masuk, mengubah kata laluan jika terlupa, melampirkan dan menghantar dokumen yang dikehendaki kepada penerima. 

Gambar Disini

 


 

Tarikh  : 08/07/2020

Masa    : 11.00 AM – 01.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 01 Orang

 

Tujuan :

Kelas latihan keusahawan bagi golongan wanita dan surirumah ini diadakan bagi memberi pengenalan dan pendedahakan kepada pelajar asas penggunaan Microsoft Word untuk menaip surat kiriman rasmi mengikut format yang betul serta memberi pendedahan cara penggunaan google email bagi menghantar dan memuatnaik dokumen.  

Aktiviti :

Antara aktiviti yang diadakan ialah petugas memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada pelajar cara-cara penggunaan Microsoft Word serta memantau dan membantu pelajar menyempurnakan tugasan. Di samping itu, pelajar turut diajar menggunakan emel untuk menghantar dokumen. 

Gambar Disini

 


 

Tarikh  : 20/06/2020

Masa    : 10.00 AM – 11.00 AM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 02 Orang

 

Tujuan :

Kelas Microsoft Word iaitu kelas membuat resume ini telah diadakan bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar lepasan SPM dan IPT mengenai penggunaan Microsoft Word bagi menaip resume serta memberi tunjuk ajar kepada pelajar agar mahir dalam penggunaan komputer khususnya Microsoft Word bagi persediaan pada masa hadapan.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang diadakan ketika kelas dijalankan ialah, pelajar diarah membuka lembaran Microsoft Word dan menerangkan cara dan format yang terkini untuk menaip resume. Selain itu, petugas turut menunjukkan contoh resume yang sedia ada dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk menaip berdasarkan format yang betul dan terkini. 

Gambar Disini