Tarikh : 23/01/2020 Masa : 03.00 PM – 04.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Word ini telah diadakan kepada pelajar lepasan SPM bertujuan untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar mengenai cara penggunaan Microsoft Word dengan lebih mendalam lagi supaya pelajar mahir dan dapat mempersiapkan diri agar celik IT di masa hadapan terutamanya bagi tujuan pembelajaran.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang kelas diadakan ialah, petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara-cara menggunakan table tools yang ada di dalam Microsoft Word seperti shapes dan table. Selain itu, petugas turut memberi tunjuk ajar cara-cara untuk menaip dan penggunaan jenis dan saiz tulisan yang berbeza mengikut keinginan pelajar. Di samping itu, petugas turut memberi latihan untuk meningkatkan lagi kemahiran penggunaan Microsoft Word pelajar serta pelajar memuat naik ucapan di dashboard Mykomuniti setelah menyiapkan tugasan yang diberi.
Tarikh : 23/01/2020 Masa : 11.00 AM – 02.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Kelas latihan keusahawanan ini telah diadakan kepada seorang beliawanis yang mana merupakan seorang usahawan yang mengusahakan produk sambal hitam. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan internet iaitu dalam melayari laman web e-Myhalal bagi permohonan Sijil Halal Malaysia bagi produk beliau.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang diadakan ialah petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar mengenai penggunaan laman web e-Myhalal bagi permohonan Sijil Halal Malaysia bagi produk keluaran syarikatnya. Disamping itu, petugas turut memberi tunjuk ajar kepada beliau cara penggunaan emel bagi menghantar dokumen dan membaca serta membuka peti masuk emel yang diperolehinya.
Tarikh : 23/12/2019 Masa : 03.00 PM – 05.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 04 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Word bersama pelajar sekolah ini telah diadakan bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan kepada para pelajar mengenai penggunaan Microsoft Word dan memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada mereka terutamanya bagi tujuan pembelajaran.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang diadakan sepenjang kelas ialah, petugas memberi tunjuk ajar cara-cara penggunaan Microsoft Word dan fungsi serta kegunaan table tools yang ada. Selain itu, para pelajar turut diajar membina jadual dan memasukkan gambar yang terpilih melalui carian di dalam clip art. Di samping itu, petugas turut memberi latihan untuk disiapkan agar pelajar lebih arif dan mahir dalam penggunaan Microsoft Word serta memuat naik pertanyaan di dalam dashboard Mysoal.
Tarikh : 24/12/2019 Masa : 11.00 AM – 12.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 04 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Powerpoint ini telah dihadiri oleh pelajar sekolaha rendah seramai 4 orang. Kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar berkaitan penggunaan Microsoft Powerpoint serta menambah pengetahuan para pelajar tentang Microsoft Powerpoint bagi menghasilkan slide yang cantik, menarik dan kreatif.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang diadakan ialah petugas memberi tunjuk ajar cara-cara membuka dan menggunakan lembaran Microsoft Powerpoint bagi menghasilkan slide. Sebagai contoh petugas memberi tunjuk ajar cara menambah slide yang baru, memasukan gambar dan tulisan serta menambah dan memilih latar belakang slide yang dikehendaki. Setelah selesai menghasilkan slide para pelajar turut membuka dashboard komuniti untuk memuat naik pertanyaan di medium dashboard Mysoal.
Tarikh : 15/11/2019 Masa : 03.00 PM – 05.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 08 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Excel ini disertai seramai 8 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan Microsoft Excel. Disamping itu, meningkatkan pengetahuan para pelajar untuk menghasilkan carta pai dan graf dengan menggunakan Microsoft Excel.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang diadakan ialah petugas memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan tools yang ada dalam Microsoft Excel bagi memasukkan data yang diberikan untuk menghasilkan carta pai dan graf. Disamping itu, pelajar membuka lembaran Dashboard Komuniti utuk memuat naik ucapan di dalam Dashboard.