Tarikh : 27/10/2020 Masa : 03.00 PM – 05.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Kursus keusahawanan bersama penceramah Encik Abd Razak telah diadakan bersama usahawan di sekitar komuniti PEDi. Kursus ini diadakan bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan awal tentang dunia perniagaan kepada para peserta/usahawan dalam sesi bicara usahawan (buka minda). Di samping itu, memberi pemahaman yang mendalam mengenai konsep perniagaan bagi usahawan untuk terus maju dan berjaya pada masa hadapan.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus adalah peserta diberi taklimat mengenai bicara usahawan seperti tunjuk ajar cara-cara menjadi usahawan yang berjaya, membuka minda para usahawan berkaitan dunia perniagaan serta memberi contoh usahawan yang telah berjaya bagi menyuntik semangat para peserta agar terus kuat berusaha untuk berjaya. Selain itu, slot Klik Dengan Bijak (KDB) turut diadakan dengan mengedar risalah kempen KDB.
Tarikh : 17/10/2020 Masa : 10.30 AM – 12.30 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Powerpoint ini diadakan bagi memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar mengenai Microsoft Powerpoint dan memberi pemahaman yang mendalam tentang cara penggunaan Microsoft Powerpoint untuk membuat membuat slide pembentangan. Disamping itu, dapat melatih dan membimbing pelajar agar mahir dan kreatif dalam penghasilan slide pembentangan.
Aktiviti :
Pelajar diberi penerangan mengenai penggunaan Microsoft Powerpoint bagi menghasilkan slide pembentangan pembelajaraan yang menarik dengan menggunakan latar belakang dan tools yang terdapat didalam Microsoft Powerpoint seperti insert picture, remove background, insert shapes dan sebagainya.
Tarikh : 01/09/2020 Masa : 10.00 AM – 11.00 AM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Word ini diadakan bagi memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar mengenai cara penggunaan lembaran Microsoft Word untuk menaip dan membina jadual tugasan kerja. Di samping itu, kelas ini bertujuan melahirkan pelajar yang celik IT dalam penggunaan perisian komputer khasnya Microsoft Word.
Aktiviti :
Ketika kelas diadakan pelajar diberi penerangan dan tunjuk ajar cara penggunaan Microsoft Word dan petugas memantau serta membantu pelajar menyempurnakan tugasan dengan sempurna.
Tarikh : 12/09/2020 Masa : 09.30 AM – 12.30 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Kelas emel bagi pelajar sekolah rendah ini diadakan bertujuan untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar mengenai cara penggunaan google email. Selain itu, memberi pemahaman yang mendalam tentang penggunaan emel dalam kalangan pelajar sekolah rendah untuk melampirkan dan menghantar gambar.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas adalah, petugas mengarahkan para pelajar untuk membuka akaun emel masing-masing di lembaran google email dengan memasukkan alamat emel sendiri serta kata laluan. Selepas itu, para pelajar diajar cara-cara menggunakan emel yang betul bagi melampirkan dan menghantar gambar serta fungsi emel yang lain. Disamping itu, petugas turut mengadakan slot Klik Dengan Bijak (KDB) bersama pelajar mengenai video buli siber serta memuat naik ucapan di Dashboard Komuniti (DK).
Tarikh & Masa : 21/08/2020 Tarikh & Masa : 23/08/2020 Tarikh & Masa : 28/08/2020 Tarikh & Masa : 30/08/2020 Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 22 Orang |
Tujuan :
Kelas online menghasilkan poster ini diadakan bersama pelajar sekolah menengah dan rendah menggunakan aplikasi canva.com . Kelas ini diadakan sempena pertandingan poster PEDi tahun 2020. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menonjolkan bakat kreatif ahli PEDi terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah serta mewujudkan budaya persaingan secara sihat antara peserta yang menyertai. Di samping itu, melahirkan pelajar yang celik IT dan kreatif dalam menghasilkan poster secara atas talian.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan adalah, pelajar membuka akaun emel masing-masing dan diajar menggunakan emel seperti menyemak mesej peti masuk, menghantar dokumen dan sebagainya. Selain itu, petugas memberi penerangan mengenai penggunaan aplikasi canva.com sebagai salah satu medium untuk menghasilkan poster yang menarik secara atas talian. Selain itu, diakhir kelas, para peserta memuat naik ucapan di Dashboard Mykomuniti dan petugas turut mengadakan sesi tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB).