Tarikh : 27/09/2019 Masa : 08.30 AM – 12.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 16 Orang |
Tujuan :
Kelas ICT dan KDB bersama Tabika KEMAS Kg Sg Mun telah diadakan bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan kepada kanak-kanak Tabika mengenai asas penggunaan komputer seperti papan kekunci dan tetikus. Selain itu, memberi pendedahan asas penggunaan Microsoft Word untuk menaip abjad dan nombor. Disamping itu, petugas PEDi turut memperkenalkan kepada kanak-kanak Tabika mengenai laman web pendidikan pembelajaran atas talian iaitu asas pengiraan.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang diadakan ialah petugas memberi tunjuk ajar dan menunjukkan cara-cara penggunaan papan kekunci dan tetikus sebelum memulakan aktiviti asas menaip di Microsoft Word. Selepas itu, petugas mengarahkan membuka lembaran Microsoft Word bagi menaip asas abjad dan nombor serta memberi tunjuk ajar melakukan aktiviti dan latihan pengiran asas matematik di laman web pendidikan secara atas talian. Di samping itu, para pelajar Tabika jugak diajar untuk menyelesaikan dan mencantum kepingan puzzle KDB secara atas talian beramai-ramai.