Tarikh  : 31/05/2020

Masa    : 10.30 AM – 11.30 AM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 01 Orang


Tujuan :

Kelas Online bagi golongan belia ini diadakan untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar mengenai laman web emunakahat.pahang.gov.my bagi permohonan dan pendaftaran perkahwinan, disamping memberi pemahaman yang lebih mendalam kepda pelajar cara-cara untuk melengkapkan permohonan secara atas talian.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang diadakan ialah petugas memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada pelajar cara-cara penggunaan laman web emunakahat.pahang.gov.my bagi mendaftar dan mengisi borang permohonan perkahwinan dengan maklumat dan butiran yang lengkap.

Gambar Disini

 


 

Tarikh  : 15/03/2020

Masa    : 03.00 PM – 04.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 02 Orang


Tujuan :

Kelas E-pembelajaran iaitu coloring online ini diadakan bagi memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dan tadika mengenai penggunaan internet dalam sesi pembelajaran. Di samping itu, memupuk minat pelajar dalam penggunaan ICT bagi tujuan pembelajaran.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang kelas diadakan ialah petugas memberi tunjuk ajar cara-cara mencari  dan membuka carian web coloring online serta memberi tunjuk ajar dan membimbingan ketika mewarna secara online, di samping memberi latihan agar para pelajar mahir mewarna secara atas talian.

Gambar Disini

 


 

Tarikh  : 22/02/2020

Masa    : 10.00 AM – 12.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 06 Orang


Tujuan :

Kelas Microsoft Word ini telah diadakan bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan kepada para pelajar sekolah rendah mengenai penggunaan Microsoft word dalam membuat dan menghasilkan jadual waktu kelas. Selain itu, memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar agar mahir menggunakan Microsoft Word terutamanya bagi tujuan pembelajaran.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang kelas diadakan ialah petugas memberi tunjuk ajar cara-cara membuka lembaran Microsoft word dan menggunakan table tools untuk memilih table bagi membina jadual waktu kelas. Disamping itu, petugas turut menyediakan latihan kepada para pelajar agar lebih mahir dalam penggunaan Microsoft Word. Aktiviti lain ialah pelajar membuka lembaran Dashboard Mykomuniti untuk memuatnaik ucapan dan hebahan mengenai bulan-bulan Islam.

Gambar Disini

 


 

Tarikh  : 14/03/2020

Masa    : 09.30 AM – 10.00 AM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 01 Orang

 

Tujuan :

Kelas Online Permohonan UPU bagi lepasan SPM ini telah diadakan bagi memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar mengenai laman web UPU bagi mencari jurusan kursus yang sesuai bagi penempatan ke IPTA pada masa akan datang.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang diadakan ialah petugas memberi penerangan kepada pelajar mengenai penggunaan laman web UPU bagi mengisi maklumat pilihan pendidikan yang dikehendaki. Selain itu, petugas turut memberi tunjuk ajar dan membantu pelajar memasukkan maklumat yang diperlukan bagi permohonan UPU.

Gambar Disini

 


 

Tarikh  : 21/02/2020

Masa    : 03.00 PM – 05.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 11 Orang

 

Tujuan :

Kelas E-pembelajaran iaitu google translate telah diadakan untuk memberi pengenalan kepada pelajar mengenai penggunaan internet bagi pembelajaran secara atas talian serta memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang penggunaan internet bagi sesi pembelajaran.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang diadakan ialah petugas memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada para pelajar untuk menggunakan google translate dalam sesi pembelajaran. Di samping itu, pelajar turut diajar untuk menggunakan kahoot it bagi menjawab soalan kuiz pembelajaran yang disediakan oleh petugas. Setelah menyiapkan tugasan yang diberi, para pelajar turut membuka lembaran Dashboard Mykomuniti untuk memuat naik ucapan kepada komuniti setempat.

Gambar Disini