Tarikh  : 26/07/2019

Masa    : 08.30 AM – 12.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 15 Orang


tadika

Tujuan :

Kelas ICT bersama kanak-kanak Tadika KEMAS Kampung Sungai Mun telah diadakan pada 26 Julai 2019 (Jumaat) bermula pukul 8.30 pagi hingga 12 tengahari bertempat di PEDi Kampung Pagar Sasak. Kelas ICT ini disertai seramai 15 orang kanak-kanak tadika serta guru pembimbing dan  pembantu tadika. Tujuan kelas ini diadakan adalah, memberi pengenalan dan pendedahan kepada kanak-kanak Tadika KEMAS tentang asas komputer dan ICT serta menarik minat kanak-kanak untuk menggunakan komputer dan internet bagi tujuan pembelajaran secara interaktif.

Aktiviti :

Dalam kelas ini kanak-kanak tadika diberi penerangan secara ringkas oleh petugas PEDi cara-cara penggunaan komputer seperti penggunaan tetikus dan papan kekunci. Setelah itu,para pelajar diberi penerangan mengenai sesi e-pembelajaran menggunakan laman web educational games and puzzles (digipuzzle.net/education). Di dalam kelas ini para pelajar diberi tunjuk ajar dan latihan yang tersedia sambil dibantu dan dipantau oleh petugas, guru pembimbing dan pembantu tadika.

Gambar Disini