Tarikh : 11/10/2019 Masa : 03.30 PM – 05.30 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Powerpoint bersama pelajar sekolah rendah SK Pagar Sasak telah diadakan pada hari Jumaat jam 3.30 petang sehingga 5.30 petang dan dihadiri seramai 10 orang pelajar. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada para pelajar tentang penggunaan Microsoft Powerpoint dalam membuat slide pembentangan.
Aktiviti :
Semasa kelas ini diadakan, petugas memberi penerangan cara membuka lembaran Microsoft Powerpoint dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara penggunaan table tools yang terdapat di dalam lembaran Microsoft Powerpoint seperti inset picture, new slides, design background, transitions, animations, sounds dan sebagainya. Di samping itu, pelajar turut memuat turun gambar dari google image untuk kegunaan bagi menghasilkan slide pembentangan serta membuka lembaran dashboard untuk memuat naik gambar yang dipilih oleh para pelajar.