Tarikh : 24/03/2021 Masa : 04.00 PM – 05.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Kelas latihan keusahawanan ini diadakan bagi memberi pengenalan kepada peserta/usahawan mengenai cra-cara penggunaan Microsoft Word bagi menaip surat kiriman rasmi. Selain itu, dapat melahirkan peserta/usahawan yang mahir menggunakan Microsoft Word untuk menaip surat kiriman rasmi mengikut format yang betul.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang diadakan ialah, petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta/usahawan cara-cara menaip surat kiriman rasmi dan penggunaan tools didalam lembaran Microsoft Word mengikut format yang betul. Selain itu, setelah selesai menyempurnakan tugasan, pelajar memuat naik ucapan di dashboard komuniti dan petugas memberi edaran flyers Klik Dengan Bijak (KDB).
Tarikh : 22/03/2021 Masa : 02.00 PM – 03.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Excel ini diadakan bagi memberi pengenalan dan pendedahan kepada belia mengenai penggunaan Microsoft Excel serta memberi didikan dan tunjuk ajar kepada belia agar mahir dan bijak menggunakan Microsoft Excel terutamanya bagi kegunaan dalam sektor pekerjaan.
Aktiviti :
Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara-cara menggunakan Microsoft Excel seperti menambah & membuang column, memasukkan data, menaip dan sebagainya. Selain itu, petugas turut membantu dan memantau pelajar agar mahir dalam asas penggunaan Microsoft Excel agar dapat menyiapkan tugasan. Antara aktiviti lain, pelajar turut membuka lembaran Dashboard Komuniti untuk memuat naik ucapan dan petugas memberi penerangan mengenai KDB-berita palsu serta memberi flyers sebagai rujukan pelajar.
Tarikh : 08/02/2021 Masa : 11.00 AM – 01.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 02 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Word ini diadakan bagi membantu pelajar agar mahir menggunakan Microsoft Office iaitu menaip dan membuat surat kiriman rasmi mengikut format yang betul. Di samping itu, dapat melahirkan serta mewujudkan pelajar yang celik IT dalam penggunaan Microsoft Office seperti Microsoft word.
Aktiviti :
Pelajar diberi penerangan mengenai penggunaan Microsoft Wordbagi menaip surat kiriman rasmi mengikut format yang betul seperti penggunaan tools, sebagai contoh underline, paragraph, form, size dan sebagainya. Di samping itu, petugas turut membantu dan memantau pelajar agar menyempurnakan tugasan membuat surat kiriman rasmi sehingga selesai. Seterusnya, pelajar membuka dashboard komuniti untuk memuat naik ucapan dan petugas memberi edaran flyers Klik Dengan Bijak (KDB).
Tarikh : 19&24/02/2021 Masa : 10.00 AM – 01.00 PM 02.30 PM - 05.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 03 Orang |
Tujuan :
Kelas asas teknologi maklumat dan komunikasi dalam penggunaan laman web e-munakahat ini diadakan bagi memberi pengenalan dan pendedahan kepada para belia tentang penggunaan internet bagi sistem laman web secara online. Selain itu, melahirkan belia yang celik IT dan berpengetuan tinggi dalam penggunaan komputer dan laman web.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang kelas adalah, belia diajar membuka laman web e-munakahat di lembaran google search dan membuat pendaftaran serta mengisi maklumat yang diperlukan didalam borang yang diperlukan. Selain itu, setelah selesai menyempurnakan tugasan, pelajar memuat naik ucapan di dashboard komuniti dan petugas memberi edaran flyers Klik Dengan Bijak (KDB).
Tarikh : 28/01/2021 Masa : 09.00 AM – 10.00 AM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Kelas keusahawanan ini diadakan bersama usahawan komuniti sekitar PEDi bagi memberi pengenalan dan tunjuk ajar cara penggunaan zoom meeting sebagai salah satu platform pembelajaran atas talian bagi mengikuti kursus/bengkel yang dijalankan secara maya.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang diadakan adalah, petugas memberi penerangan fungsi zoom meeting sebagi medium pembelajaran pada masa kini serta pelajar diajar menggunakan zoom meeting seperti launch meeting, join audio, join video dan sebagainya.