Tarikh  : 23/01/2020

Masa    : 11.00 AM – 02.00 PM

Lokasi  : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 01 Orang

 

Tujuan :

Kelas latihan keusahawanan ini telah diadakan kepada seorang beliawanis yang mana merupakan seorang usahawan yang mengusahakan produk sambal hitam. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan internet iaitu dalam melayari laman web e-Myhalal bagi permohonan Sijil Halal Malaysia bagi produk beliau.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang diadakan ialah petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar mengenai penggunaan laman web e-Myhalal bagi permohonan Sijil Halal Malaysia bagi produk keluaran syarikatnya. Disamping itu, petugas turut memberi tunjuk ajar kepada beliau cara penggunaan emel bagi menghantar dokumen dan membaca serta membuka peti masuk emel yang diperolehinya.

Gambar Disini