Tarikh   : 31/07/2021

Masa     : 09.00 AM – 02.00 PM

Lokasi   : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 03 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan :

Kelas latihan asas di platform shopee ini diadakan bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan kepada para peserta mengenai perniagaan dan pemasaran secara atas talian serta membimbing mereka agar mahir menggunakan shopee bagi meningkatkan jualan dan pendapatan.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada peserta cara mendaftar dan menggunakan shopee seperti urusan memasukkan gambar produk, detail produk, menguruskan pesanan dan sebagainya. Selain itu, peserta juga diajar mengemaskini profile kedai shopee masing-masing agar mudah untuk dikenali pembeli. 

Gambar Disini


 

Tarikh   : 24/05/2021

Masa     : 03.00 PM – 04.00 PM

Lokasi   : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 01 Orang

 

Tujuan :

Kelas Microsoft Word ini diadakan bagi membantu pelajar lepasan kolej membuat resume bagi memohon kerja serta dapat melahirkan pelajar yang mahir menggunakan komputer amnya dan Microsoft Word khasnya bagi kegunaan pada masa hadapan dan dalam alam pekerjaan.

Aktiviti :

Ketika kelas ini diadakan, petugas mengarahkan pelajar agar membuka lembaran Microsoft Word untuk membuat resume seperti contoh dan format yang diberikan. Pelajar diajar untuk memasukkan maklumat diri yang diperlukan mengikut format yang tersedia seperti memasukkan gambar dan menggunakan tools yang ada bagi melengkapkan resume beliau. Selain itu, petugas turut membantu dan memantau pelajar agar dapat menghasilkan resume yang lengkap mengikut format terkini.


Gambar Disini

 


 

Tarikh   : 24/04/2021

Masa     : 10.00 AM – 12.00 PM

Lokasi   : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 11 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan :

Majlis penyampian hadiah pertandingan video kreatif PEDi tahun 2021 ini telah diadakan bagi meraikan para pemenang dan peserta yang menyertainya. Objektif pertandingan ini diadakan adalah, melaksanakan & menjayakan aktiviti tahunan bersama komuniti, mengeratkan hubungan & kerjasama antara PEDi dan komuniti setempat, menggalakan komuniti melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kreatif dan meningkatkan daya berfikir serta dapat mengembangkan bakat & daya kreativiti peserta.

Aktiviti :

Pelaksanaan pertandingan video kreatif ini dimulakan dengan petugas membuat hebahan kepada komuniti mengenai pertandingan dan penerangan mengenai syarat-syarat penyertaan pertandingan. Peserta diberi kebebasan untuk menghasilkan video mengikut pilihan tajuk yang telah ditetapkan. Majlis ini diadakan mengikut SOP yang ditetapkan seperti penjarakan fizikal 1 meter, pemakaian pelitup muka sepanjang majlis, mencatat kehadiran dan memakai hand sanitizer. 

Gambar Disini

 


 

Tarikh   : 17/05/2021

Masa     : 03.00 PM –  05.00 PM

Lokasi   : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 01 Orang


Tujuan :

Kelas Asas Teknologi Maklumat & Multimedia iaitu permohonan SPA9 secara atas talian diadakan bagi memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar IPT mengenai penggunaan SPA9 bagi permohonan pekerjaan serta memberi tunjuk ajar kepada pelajar agar mahir menggunakan portal SPA9 bagi mengemaskini maklumat dan carian kerja kosong.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada pelajar mengenai portal SPA9 sebagai platform mencari peluang pekerjaan secara atas talian. Selain itu, petugas turut membantu pelajar melengkapkan maklumat yang diperlukan di dalam laman web SPA9 agar tepat dan betul.

Gambar Disini




 

Tarikh   : 16/04/2021

Masa     : 09.00 AM – 12.00 PM

Lokasi   : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 01 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan :

Kelas latihan keusahawanan ini diadakan bersama usahawan komuniti PEDi Kg Pagar Sasak dimana petugas memberi tunjuk ajar mengenai pemasaran produk secara atas talian di dalam platform shopee. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada usahawan mengenai pemasaran produk di shopee. Selain itu, memberi pemahaman kepada usahawan mengenai penggunaan shopee bagi tujuan jualan produk.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan mengenai pemasaran secara atas talian di platform shopee seperti cara-cara penggunaan bahagian seller centre bagi memuatnaik gambar produk, mengemaskini detail produk, maklumat kedai dan sebagainya. Seterusnya, petugas turut membantu dan memantau usahawan menggunakan shopee agar mahir untuk mengendalikan urusan jualan produk.

Gambar Disini