Tarikh & Masa : 08/08/2020 Tarikh & Masa : 14/08/2020 Tarikh & Masa : 15/08/2020 Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 06 Orang |
Tujuan :
Kelas latihan keusahawan bagi golongan belia ini diadakan bagi memberi pengenalan dan pendedahakan kepada peserta mengenai pemasaran secara atas talian menggunakan platform shopee serta memberi kefahaman kepada para peserta mengenai aplikasi shopee untuk menjalankan perniagaan secara online.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang diadakan ialah peserta kelas diberi penerangan tentang cara pemasaran di shopee, mendaftar akaun shopee, memasukkan butiran dan gambar produk di dalam kedai shopee masing-masing. Selain itu, para peserta turut diajar cara untuk mengambil gambar produk dengan betul serta memuat naik ucapan di Dashboard Mykomuniti dan turut memuat naik gambar produk di Dashboard Myshop. Di samping itu, diakhir kelas, tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) turut diadakan.