Tarikh : 22/02/2020 Masa : 10.00 AM – 12.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 06 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Word ini telah diadakan bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan kepada para pelajar sekolah rendah mengenai penggunaan Microsoft word dalam membuat dan menghasilkan jadual waktu kelas. Selain itu, memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar agar mahir menggunakan Microsoft Word terutamanya bagi tujuan pembelajaran.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang kelas diadakan ialah petugas memberi tunjuk ajar cara-cara membuka lembaran Microsoft word dan menggunakan table tools untuk memilih table bagi membina jadual waktu kelas. Disamping itu, petugas turut menyediakan latihan kepada para pelajar agar lebih mahir dalam penggunaan Microsoft Word. Aktiviti lain ialah pelajar membuka lembaran Dashboard Mykomuniti untuk memuatnaik ucapan dan hebahan mengenai bulan-bulan Islam.