Tarikh   : 18/10/2021

Masa     : 04.30 PM –  06.00 PM

Lokasi   : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 03 Orang

 

Tujuan :

Kelas Microsoft Word ini dihadiri oleh pelajar sekolah menengah bertujuan untuk memberi didikan dan tunjuk ajar mengenai cara-cara menaip dan menggunakan tools dalam Microsoft Word serta memberi pengenalan dan pendedahan kepada mereka penggunaan Microsoft Word dengan betul.

Aktiviti :

Ketika kelas ini diadakan, petugas membantu dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar agar tahu dan mahir menggunakan Microsoft Word bagi menaip dan mengemaskini tugasan kerja kursus. Sebagai contoh, pelajar diberi tunjuk ajar cara-cara untuk membina jadual, memasukkan gambar, memasukkan bingkai muka surat dan sebagainya.

 

Gambar Disini

 


 

Tarikh   : 15/09/2021

Masa     : 02.00 PM – 04.30 PM

Lokasi   : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 01 Orang

 

Tujuan :

Kelas latihan keusahawanan ini telah diadakan kepada usahawan yang mengusahakan khidmat urutan bagi wanita di sekitar kampung. Kelas ini diadakan bagi memberi pengenalan, pendedahan dan pengetahuan kepada usahawan mengenai penggunaan internet dan komputer bagi mengikuti kursus urutan secara atas talian di platform zoom meeting, disamping memberi tunjuk ajar cara-cara penggunaan emel & google form.

Aktiviti :

Ketika kelas ini diadakan, petugas memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada usahawan cara-cara penggunaan emel bagi mengikuti kursus secara atas talian di platform zoom meeting dengan menekan pautan yang diberikan. Selain itu, petugas turut membantu usahawan melengkapkan maklumat di google form setelah kursus selesai dijalankan.

Gambar Disini

 


 

Tarikh   : 05/08/2021

Masa     : 04.30 PM – 05.30 PM

Lokasi   : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 01 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan :

Kelas asas teknologi maklumat & multimedia ini diadakan kepada pelajar lepasan sekolah menengah bagi memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar cara penggunaan komputer dan internet. Selain itu, memberi tunjuk ajar kepada peserta bagi permohonan pekerjaan secara atas talian.

Aktiviti :

Ketika kelas ini diadakan, petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara-cara untuk membuka laman web PDRM di search engine google search bagi mengisi kekosongan jawatan. Petugas memantau dan membantu pelajar sehinggaa selesai mengisi boring permohonan.   

Gambar Disini

 


 

Tarikh   : 01&02/09/2021

Masa     : 08.00 AM –  10.00 AM

Lokasi   : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 05 Orang

 

Tujuan :

Kelas asas teknologi maklumat ini diadakan bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar sekolah menengah mengenai penggunaan emel, whatsapp web & google form bagi mengikuti peperiksaan tahunan sekolah secara atas talian.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada pelajar dan memastikan pelajar mahir dan mengetahui cara-cara penggunaan emel, whatsapp web & google form bagi mengikuti peperiksaan tahunan sekolah. Di samping itu, para pelajar turut membuka Dashboard Komuniti dan memuat naik ucapan kepada komuniti setempat.

Gambar Disini

 


 

Tarikh   : 02/08/2021

Masa     : 03.00 PM –  04.00 PM

Lokasi   : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 01 Orang

 

 

 

 

 

 

Tujuan :

Kelas latihan keusahawanan ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran usahawan menguruskan jualan secara atas talian seperti di platform shopee. Disamping itu, dapat memberi tunjuk ajar kepada usahawan bagi memasukkan produk tambahan serta video promosi  didalam kedai shopee.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada usahawan cara-cara untuk memuat naik produk tambahan beserta video di shopee serta membantu usahawan mengemaskini maklumat produk yang terkini.

Gambar Disini