Tarikh : 18/12/2021 Masa : 09.00 AM – 11.00 AM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 02 Orang |
Tujuan :
Kelas melayari internet iaitu penggunaan Whatsapp web dan google search bagi menduduki ujian Sekolah Menengah Agama dihadiri oleh dua orang pelajar. Kelas ini diadakan bagi melatih dan membantu pelajar agar mahir menggunakan internet untuk urusan pembelajaran.
Aktiviti :
Ketika kelas ini diadakan, petugas membantu pelajar menggunakan Whatsapp web bagi membuka pautan ujian kemasukan ke Sekolah Menengah Agama dan menjawab ujian mengikut masa yang telah ditetapkan. Di samping itu, pelajar turut memuat naik ucapan di Dashboard Komuniti dan menonton video Klik Dengan Bijak setelah selesai menjawab ujian.
Tarikh : 17/12/2021 Masa : 09.30 AM – 11.30 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Kelas melayari internet ini dihadiri oleh seorang wanita yang ingin memohon pekerjaan melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) & KEMAS. Kelas ini diadakan untuk melatih dan membantu pelajar memohon pekerjaan secara atas talian dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk mendaftar akaun pekerjaan dan memilih jawatan mengikut kelayakan yang dimiliki.
Aktiviti :
Ketika kelas ini diadakan, pelajar diberi penerangan berkaitan penggunaan internet, enjin carian dan kelebihan penggunaan internet terutamanya dalam permohonan pekerjaaan secara atas talian. Petugas membantu pelajar mendaftar akaun dan membuat pemilihan jawatan berdasarkan kelayakan yang dimiliki.
Tarikh : 05/11/2021 Masa : 02.00 PM – 05.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Word ini dihadiri oleh pelajar sekolah menengah bertujuan untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar cara penggunaan Microsoft Word dan tunjuk ajar cara memasukkan atau menggunakan tools didalam Microsoft word seperti chart serta cara-cara menaip mengikut format yang betul.
Aktiviti :
Ketika kelas ini diadakan, pelajar diarahkan untuk membuka lembaran Microsoft word dan memberi tunjuk ajar cara penggunaan dan mengedit chart bagi memasukkan tulisan serta menaip. Selain itu, setelah selesai tugasan pelajar turut membuat aktiviti DK & KDB seperti memuat naik ucapan dan edaran flyers sebenarnya.my.
Tarikh : 22/11/2021 Masa : 11.00 AM – 12.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft word ini diadakan kepada golongan wanita bekerjaya bagi menyiapkan tugasan kerja. Kelas ini bertujuan memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada pelajar agar mahir menggunakan Microsoft word seperti menaip bagi menyempurnakan tugasan kerja.
Aktiviti :
Sepanjang kelas ini diadakan, petugas memantau hasil kerja pelajar serta memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagi menaip, memasukkan jadual dan sebagainya agar tugasan kerja dapat disempurnakan mengikut format yang betul.
Tarikh : 23/10/2021 Masa : 10.00 AM – 12.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 03 Orang |
Tujuan :
Majlis penyampian hadiah bagi pemenang pertandingan usahawan digital peringkat PEDi Kg Pagar Sasak telah diadakan bagi meraikan usaha usahawan yang memenangi pertandingan serta memberi galakan dan suntikan semangat agar usahawan terus berniaga di platform atas talian bagi menambah dan meningkatakan pendapatan.
Aktiviti :
Majlis penyampian hadiah ini diadakan dengan pemberian hadiah wang tunai dan cenderahati daripada PEDi kepada setiap pemenang diikuti sesi bergambar. Selain itu, aktiviti dashboard mykomuniti dan myshop serta edaran flyers KDB turut diadakan.