Tarikh & Masa : 21/08/2020 Tarikh & Masa : 23/08/2020 Tarikh & Masa : 28/08/2020 Tarikh & Masa : 30/08/2020 Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 22 Orang |
Tujuan :
Kelas online menghasilkan poster ini diadakan bersama pelajar sekolah menengah dan rendah menggunakan aplikasi canva.com . Kelas ini diadakan sempena pertandingan poster PEDi tahun 2020. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menonjolkan bakat kreatif ahli PEDi terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah serta mewujudkan budaya persaingan secara sihat antara peserta yang menyertai. Di samping itu, melahirkan pelajar yang celik IT dan kreatif dalam menghasilkan poster secara atas talian.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan adalah, pelajar membuka akaun emel masing-masing dan diajar menggunakan emel seperti menyemak mesej peti masuk, menghantar dokumen dan sebagainya. Selain itu, petugas memberi penerangan mengenai penggunaan aplikasi canva.com sebagai salah satu medium untuk menghasilkan poster yang menarik secara atas talian. Selain itu, diakhir kelas, para peserta memuat naik ucapan di Dashboard Mykomuniti dan petugas turut mengadakan sesi tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB).