Tarikh : 19/01/2019 Masa : 08.00 AM – 01.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 195 Orang |
Tujuan :
Program Jom Sihat bersama PEDi Kg Pagar Sasak telah diadakan pada 19/01/2019 (Sabtu) di PEDi Kg Pagar Sasak bermula jam 8.00 AM hingga 1.00 PM. Tujuan program ini diadakan adalah; memperkenalkan PEDi sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkan kerjasama PEDi dengan Komuniti Kampung, Agensi, MPKK dan NGO bagi mewujudkan komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti :
Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan, antaranya ialah; senamrobik dan berjalan 1000 langkah, ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, pemeriksaan kahak, demostrasi memberus gigi, pertandingan masakan kerabu sihat, pertandingan seni kolaj buah-buahan, pertandingan artikel kesihatan (Dashboard Mykomuniti), pertandingan muat naik produk (Dashboard Myshop), pertandingan melabel lokasi sekitar (Dashboard Myplace), pertandingan kuiz kesihatan (Kahoot), muat turun aplikasi Dashboard Komuniti, sumbangan barangan E-Waste dan Klik Dengan Bijak (KDB).