Tarikh   : 16/03/2022

Masa     : 03.00 PM – 04.00 PM

Lokasi   : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 02 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan :

Kelas kemahiran internet ini diadakan bagi membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kaum wanita agar mahir dan mengetahui cara-cara permohonan tahun 1 di portal KPM. Selain itu, dapat melahirkan generasi yang celik IT dan berkemahiran tinggi dalam penggunaan komputer dan internet terutamanya dalam kalangan ibu bapa.

Aktiviti :

Ketika kelas ini diadakan, pelajar diberi penerangan berkaitan portal KPM bagi permohonan tahun 1 dan cara-cara untuk membuat permohonan tahun 1 serta mengisi maklumat yang diperlukan sehingga selesai. 

Gambar Disini


 

Tarikh   : 21/02/2022

Masa     : 10.00 AM – 01.00 PM

Lokasi   : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 01 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan :

Kelas Microsoft Word ini diadakan kepada pelajar sekolah menengah bertujuan untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar mengenai asas penggunaan Microsoft Word untuk menaip dan menggunakan tools yang ada serta pelajar turut diajar cara-cara untuk menyimpan dan menamakan fail hasil kerja didalam komputer.

Aktiviti :                                                            

Ketika kelas ini diadakan, pelajar diberi penerangan ringkas mengenai cara-cara asa penggunaan Microsoft Word bagi menaip surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, membina jadual, menyimpan dan menamakan dokumen.

Gambar Disini


 

Tarikh   : 20/01/2022

Masa     : 03.00 PM – 04.30 PM

Lokasi   : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta : 02 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan :

Kelas latihan keusahawanan ini diadakan kepada usahawan bimbingan PEDi bagi melatih dan membantu usahawan mempromosikan produk jualan mereka di platform media sosial seperti di facebook. Selain itu, memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara-cara untuk mengemaskini FB Page seperti maklumat profil perniagaan dan memuatnaik produk bagi tujuan promosi.

Aktiviti :

Ketika kelas ini diadakan, petugas memberi penerangan berkaitan pemasaran atas talian menggunakan platform Facebook dan usahawan mengaplikasikan ilmu yang diajar dengan memuatnaik produk-produk jualan mereka di FB page bagi tujuan pemasaran. Di samping itu, setelah selesai usahawan memuat naik ucapan dan hebahan di Dashboard Komuniti. 

Gambar Disini


 

Tarikh   : 14/02/2022

Masa     : 11.30 AM – 12.30 PM

Lokasi   : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 01 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan :

Kelas latihan keusahawanan (Microsoft Excel) ini diadakan bertujuan untuk melatih dan membantu pelajar menguasai cara-cara penggunaan Microsoft Excel bagi menyiapkan tugasan kerja seperti membina jadual dan menaip.

Aktiviti :

Ketika kelas ini diadakan, pelajar diberi penerangan berkaitan penggunaan Microsoft Excel bagi menyiapkan tugasan kerja serta diajar cara-cara untuk membina jadual dan menaip di Excel mengikut format yang betul.

Gambar Disini


 

Tarikh   : 15/01/2022

Masa     : 02.00 PM –  03.00 PM

Lokasi   : PEDi Kg Pagar Sasak

Peserta  : 01 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan :

Kelas Microsoft Word ini diadakan bertujuan bagi melatih dan membantu pelajar mendalami cara penggunaan Microsoft Word bagi membuat kerja kursus sekolah serta menyiapkan tugasan sekolah yang diberi oleh guru.

Aktiviti :

Ketika kelas ini diadakan, pelajar diberi penerangan berkaitan penggunaan Microsoft Word bagi membuat kerja kursus sekolah seperti cara-cara memasukkan gambar, mengedit gambar, menaip dan sebagainya. Di samping itu, setelah pelajar selesai menyiapkan tugasan petugas menjalankan aktiviti advokasi KDB bersama pelajar.

Gambar Disini