Tarikh : 16/04/2021 Masa : 09.00 AM – 12.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Kelas latihan keusahawanan ini diadakan bersama usahawan komuniti PEDi Kg Pagar Sasak dimana petugas memberi tunjuk ajar mengenai pemasaran produk secara atas talian di dalam platform shopee. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada usahawan mengenai pemasaran produk di shopee. Selain itu, memberi pemahaman kepada usahawan mengenai penggunaan shopee bagi tujuan jualan produk.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan mengenai pemasaran secara atas talian di platform shopee seperti cara-cara penggunaan bahagian seller centre bagi memuatnaik gambar produk, mengemaskini detail produk, maklumat kedai dan sebagainya. Seterusnya, petugas turut membantu dan memantau usahawan menggunakan shopee agar mahir untuk mengendalikan urusan jualan produk.