Tarikh : 24/05/2021 Masa : 03.00 PM – 04.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Kelas Microsoft Word ini diadakan bagi membantu pelajar lepasan kolej membuat resume bagi memohon kerja serta dapat melahirkan pelajar yang mahir menggunakan komputer amnya dan Microsoft Word khasnya bagi kegunaan pada masa hadapan dan dalam alam pekerjaan.
Aktiviti :
Ketika kelas ini diadakan, petugas mengarahkan pelajar agar membuka lembaran Microsoft Word untuk membuat resume seperti contoh dan format yang diberikan. Pelajar diajar untuk memasukkan maklumat diri yang diperlukan mengikut format yang tersedia seperti memasukkan gambar dan menggunakan tools yang ada bagi melengkapkan resume beliau. Selain itu, petugas turut membantu dan memantau pelajar agar dapat menghasilkan resume yang lengkap mengikut format terkini.