Nama   : Noor Faezah binti
               Shahrilfuldin

Umur   : 48 Tahun

Ahli      : 2015


BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET

Latar belakang

Puan Noor Faezah merupakan Pemaju Masyarakat KEMAS di Mukim Kechau, Kuala Lipis Pahang. Beliau sudah menjadi Pemaju Masyarkat di Mukim Kechau ini lebih daripada 20 tahun dan telah memberi tunjuk ajar serta ilmu bagi golongan kaum wanita disekitar Mukim Kechau dengan jayanya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Noor Faezah  kurang menceburkan diri dan kurang mahir dalam penggunaan komputer. Hal ini kerana, beliau banyak menyiapkan dan melengkapkan segala tugasan kerjanya secara manual serta penggunaan kompter yang minima. Selain itu, Puan Noor Faezah juga menghadapi kengkangan ataupun kesulitan dalam mencari input dan idea yang baru untuk sesi kelas pembelajaraan beliau bersama komuniti setempat, sebagai contoh masakan, kraftangan dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Noor Faezah telah menjadi ahli PEDi pada tahun 2015 dan beliau sering mengunjungi PEDi untuk mempelajari komputer bersama petugas. Antara kelas yang dipelajari olehnya ialah Microsoft Office, penggunaan emel, melayari youtube, membuat transaksi perbankan secara atas talian dan sebagainya. Di samping itu, beliau turut aktif menglibatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh petugas PEDi dan Puan Faezah banyak bekerjasama dengan PEDi bagi kemajuan komuniti setempat.

k.faezah

Nama   : Mohammad Zamarul

                 Aiman

Umur   : 14 Tahun

Ahli      : 2015

 

BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET

Latar belakang

Adik Zamarul Aiman merupakan merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik dan bersekolah di SMK Padang Tengku serta berumur 14 tahun. Jarak rumah adik Zamarul Aiman dari PEDi ialah 1 kilometer dan sering mengunjungi PEDi bersama rakan-rakannya ketika hari cuti dan selepas tamat waktu persekolahan.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Adik Zamarul Aiman mula mempelajari asas ICT di sekolah rendah beliau iaitu Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak.  Namun begitu, beliau masih kurang mahir sepenuhnya dalam penggunaan dan pengetahuan ICT.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Adik Zamarul Aiman akan mengunjungi PEDi selepas tamat sesi persekolahan dan ketika cuti persekolahan.  Beliau dan rakan-rakannya akan menghadiri kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas PEDi.  Prestasi penggunaan ICT beliau semakin baik dan mampu memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan yang lain.  Beliau semakin mahir dalam penggunaan Microsoft Office, Paint, E-Pembelajaran dan sebagainya.


ZAMARUL

BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET

Nama   : Che Hakimirizal

Umur   : 14 Tahun

Ahli      : 2015


Latar belakang

Adik Che Hakimirizal merupakan anak sulung dari tiga orang adik-beradik.  Dia merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku.  Semasa sekolah rendah, adik Che Hakimirizal belajar di Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak tidak jauh dari PEDi.  Beliau sering mengunjungi PEDi untuk mempelajari ICT dan menggunakan perkhidmatan di sini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Che Hakimirizal telah mempelajari asas komputer sejak di sekolah rendah lagi.  Namun, beliau masih lagi belum mahir sepenuhnya dalam bidang ICT terutamanya Microsoft Office dan penggunaan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Che Hakimirizal telah menjadi ahli PEDi sejak di bangku sekolah rendah lagi.  Beliau sering menghadiri kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas bersama adiknya.  Tahap penguasaannya terhadap ICT semakin baik.  Pendedahan tentang ilmu di PEDi ini dapat membantu beliau untuk meningkatkan lagi pengetahuannya dalam bidang ini.  Antara peningkatan yang dapat dilihat adalah penggunaan internet dalam pembelajaran atas talian, peggunaan Microsoft Office dan software, email dan sebagainya.

kimi

BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET

Nama   : Aini Syuhada

Umur   : 19 Tahun

Ahli      : 2015


Latar belakang

Adik Aini Syuhada merupakan anak ketujuh dari sembilan orang adik-beradik.  Beliau merupakan pelajar Tingkatan Enam Atas di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lipis.  Jarak rumah adik Aini Syuhada tidak jauh dari PEDi iaitu lebih kurang 500 meter.  Jarak yang dekat ini memudahkannya untuk datang ke PEDi.  Beliau sering mengunjungi PEDi untuk mempelajari ICT dan menggunakan perkhidmatan di sini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Aini Syuhada telah mempelajari asas komputer di sekolah beliau.  Namun, beliau masih belum mahir sepenuhnya lagi.  Terdapat ilmu ICT yang masih belum diketahui dan dikuasai olehnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Aini Syuhada telah menjadi ahli PEDi selepas pembukaan PEDi pada tahun 2015.  Jika mempunyai masa lapang, beliau akan menghadiri kelas dan kursus yang dianjurkan oleh PEDi.  Kerajinan adik Aini Syuhada dalam menimba ilmu ICT di PEDi, menyebabkan beliau semakin mahir dalam penggunaan Microsoft Office, emel, software dan sebagainya.  Tahap penguasaannya terhadap ilmu ICT juga dapat membantu beliau dalam menyiapkan kerja kursus dan sebagainya. 


Aini

BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET

Nama   : Muhammad Khairin Fazir

Umur   : 11 Tahun

Ahli      : 2016


Latar belakang

Adik Khairin Fazir merupakan anak sulung dari empat orang adik-beradik. Dia merupakan pelajar Sekolah Indera Shahbandar Pahang di Kuala Lipis. Dia juga merupakan salah seorang pelajar yang cepat mempelajari sesuatu yang baru terutama dalam bidang ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Khairin Fazir mempelajari asas komputer di sekolah.  Namun, beliau masih lagi belum mahir sepenuhnya dalam bidang ICT terutamanya Microsoft Office dan penggunaan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menjadi ahli PEDi Kg Pagar Sasak, Adik Khairin Fazir selalu menghadiri kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas PEDi bersama adiknya.  Tahap penguasaannya terhadap ICT semakin baik.  Dia juga diberi pendedahan belajar secara online dengan menggunakan perkhidmatan internet di PEDi.  Selain itu, adik Khairin Fazir juga menonton Youtube bersama rakannya di PEDi.