BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET
Umur : 11 Tahun Ahli : 2015 |
Latar belakang
Adik Siti Nuraini merupakan anak sulung dari dua adik-beradik dan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak. Dia adalah salah seorang pelajar yang mudah mempelajari sesuatu ilmu terutamanya dalam bidang ICT serta seorang yang selalu membantu dan memberi tunjuk ajar kepda rakan-rakannya yang lain.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Adik Siti mengenali bidang ICT di sekolahnya. Dia mula mempelajari perkara asas mengenai penggunaan komputer/ICT di sekolah. Akan tetapi pembelajaran mengenai ICT hanya terhad ketika di sekolah sahaja.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Selepas menjadi ahli PEDi Kg Pagar Sasak, Adik Siti banyak meluangkan masa lapangnya untuk menghadiri kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas PEDi. Banyak ilmu yang dipelajari olehnya dan seterusnya dapat meningkatkan tahap penggunaan dan penguasaan beliau dalam ICT. Sebagai contoh Adik Siti dapat meningkatkan penggunaan Microsoft office, melayari internet, belajar secara atas talian, membuka akaun Gmail dan sebagainya.