BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET


Nama   : Nur Ashierah binti Azmi

Umur   : 11 Tahun

Ahli      : 2015


Latar belakang 

Adik Ashierah merupakan anak bongsu dari tujuh adik-beradik.  Dia merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak serta merupakan seorang pelajar yang cepat mempelajari tentang sesuatu perkara terutamanya dalam pelajaran. Adik Ashierah juga sering membantu dan memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakannya ketika di dalam kelas ICT yang diadakan di PEDi Kg Pagar Sasak.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Adik Ashierah mula mempelajari asas komputer dan ICT di sekolah.  Namun begitu pembelajaran ICT ini hanya terhad di sekolah dan pada waktu pembelajaran di sekolah sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Selepas menjadi ahli PEDi Kg Pagar Sasak, Adik Ashierah selalu menghadiri kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas. Oleh itu, tahap penguasaan Adik Ashierah dalam ICT semakin meningkat.  Didalam kelas di PEDi, Adik Ashierah diberi pendedahan belajar secara online serta belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Publisher dan Microsoft Powerpoint. Selain itu, Adik Ashierah sudah pandai mencari bahan belajar melalui internet serta dia juga menonton cerita yang diminati di Youtube.

BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET


Nama   : Siti Nuraini binti Tahir

Umur   : 11 Tahun

Ahli      : 2015

 

Latar belakang 

Adik Siti Nuraini merupakan anak sulung dari dua adik-beradik dan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak.  Dia adalah salah seorang pelajar yang mudah mempelajari sesuatu ilmu terutamanya dalam bidang ICT serta seorang yang selalu membantu dan memberi tunjuk ajar kepda rakan-rakannya yang lain.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Adik Siti mengenali bidang ICT di sekolahnya. Dia mula mempelajari perkara asas mengenai penggunaan komputer/ICT di sekolah.  Akan tetapi pembelajaran mengenai ICT hanya terhad ketika di sekolah sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Selepas menjadi ahli PEDi Kg Pagar Sasak, Adik Siti banyak meluangkan masa lapangnya untuk menghadiri kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas PEDi. Banyak ilmu yang dipelajari olehnya dan seterusnya dapat meningkatkan tahap penggunaan dan penguasaan beliau dalam ICT. Sebagai contoh Adik Siti dapat meningkatkan penggunaan Microsoft office, melayari internet, belajar secara atas talian, membuka akaun Gmail dan sebagainya. 

 

20170303 154051

Adik Siti Nur Aisyah atau dikenali sebagai Aisyah adalah murid darjah 6 di sekolah Kebangsaan Pagar Sasak.

Sebelum adanya PEDi di Kampung Pagar Sasak,adik Aisyah hanya mengetahui pekara asas mengenai komputer, dan hanya belajar sekali sekala di sekolah.

Dengan adanya PEDi ini adik Aisyah sudah pandai mengunakan komputer dari penyertaannya dengan menghadiri kelas-kelas yang di adakan secara percuma kepada setiap ahli PEDi yang berdaftar.

-       Mempelajari cara membuat Email menguna google.

-       Mempelajari Ms. Office ,contoh Microsoft Word untuk membuat buku Skrap.

-       Mempelajari cara mengunakan komputer dengan bijak.

-       Belajar mengunakan tutor online seperti Pencil.my, Fullamark.com.my dan sebagainya.

-       Selalu bertanya jika ada sebarang masalah mengenai internet.

-       Menghadiri setiap kelas yang diadakan.

-       Sentiasa ada sifat ingin tahu.

 

BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET

 

Nama  : Nur Hanis Natasha binti

Umur   : 12 Tahun

Ahli     : 2015

 

Latar belakang

Adik Nur Hanis Natasha merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik.  Dikenali sebagai panggilan Hanis dalam kalangan kawan-kawannya.  Adik Hanis juga merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak.  Beliau merupakan ahli yang kerap datang ke  PEDi Kg Pagar Sasak untuk mempelajari ICT dan menggunakan internet.  Adik Hanis bersama-sama rakannya juga menjadikan PEDi sebagai tempat untuk belajar secara berkumpulan dan menyiapakan kerja sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan Adik Hanis di PEDi, beliau sudah mempelajari ilmu asas komputer di sekolah beliau.  Tetapi, pengetahuan tentang bidang ICT ini masih lagi terhad bagi Adik Hanis.   Masih terdapat ilmu yang perlu dipelajari untuk meningkatkan ilmu ICT ini.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menjadi ahli PEDi Kg Pagar Sasak, Adik Hanis selalu datang ke PEDi untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan dan mengikuti kelas-kelas yang diadakan oleh petugas PEDi.  Kehadiran ke kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak PEDi memberi kesan yang baik terhadap ilmu ICT Adik Hanis.  Beliau dapat meningkatkan penggunaan Microsoft Office, melayari internet, belajar secara online, membuka akaun gmail dan sebagainya.

 

Adik Wan Nur Wirdani Batriesya merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Beliau juga merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak dan menjawat sebagai seorang pengawas sekolah. Beliau menjadi ahli PEDi Kg Pagar Sasak pada tahun 2015. Adik Wirdani berminat datang ke PEDi kerana dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam bidang IT, menggunakan perkhidmatan yang disediakan dan dapat berjumpa rakan-rakan di PEDi untuk mengulangkaji pelajaran.

Adik Wirdani mengetahui dan mempelajari asas komputer dan internet di sekolah beliau sebelum ini. Namun, pengetahuan beliau tentang IT masih lagi terhad dan belum menguasai sepenuhnya lagi. Banyak perkara, latihan dan ilmu yang perlu beliau kuasai untuk meningkatkan kemahiran dalam ICT.

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh PEDi Kg. Pagar Sasak, adik Wirdani kini telah banyak memperbaiki kelemahan ICT beliau. Sikap ingin mempelajari sesuatu yang baru dan kehadiran ke kelas yang dianjurkan oleh PEDi menyebabkan beliau semakin arif tentang penggunaan software terutamanya Microsoft office. Adik Wirdani juga sudah pandai melayari internet.