BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET
Nama : Nur Hanis Natasha binti Umur : 12 Tahun Ahli : 2015 |
Latar belakang
Adik Nur Hanis Natasha merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Dikenali sebagai panggilan Hanis dalam kalangan kawan-kawannya. Adik Hanis juga merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak. Beliau merupakan ahli yang kerap datang ke PEDi Kg Pagar Sasak untuk mempelajari ICT dan menggunakan internet. Adik Hanis bersama-sama rakannya juga menjadikan PEDi sebagai tempat untuk belajar secara berkumpulan dan menyiapakan kerja sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan Adik Hanis di PEDi, beliau sudah mempelajari ilmu asas komputer di sekolah beliau. Tetapi, pengetahuan tentang bidang ICT ini masih lagi terhad bagi Adik Hanis. Masih terdapat ilmu yang perlu dipelajari untuk meningkatkan ilmu ICT ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas menjadi ahli PEDi Kg Pagar Sasak, Adik Hanis selalu datang ke PEDi untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan dan mengikuti kelas-kelas yang diadakan oleh petugas PEDi. Kehadiran ke kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak PEDi memberi kesan yang baik terhadap ilmu ICT Adik Hanis. Beliau dapat meningkatkan penggunaan Microsoft Office, melayari internet, belajar secara online, membuka akaun gmail dan sebagainya.
http://kgpagarsasak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/101-celik-it-adik-nur-hanis-natasha#sigFreeIdd93203cc98