Nama : Mohammad Zamarul Aiman Umur : 14 Tahun Ahli : 2015 |
BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET
Latar belakang
Adik Zamarul Aiman merupakan merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik dan bersekolah di SMK Padang Tengku serta berumur 14 tahun. Jarak rumah adik Zamarul Aiman dari PEDi ialah 1 kilometer dan sering mengunjungi PEDi bersama rakan-rakannya ketika hari cuti dan selepas tamat waktu persekolahan.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi
Adik Zamarul Aiman mula mempelajari asas ICT di sekolah rendah beliau iaitu Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak. Namun begitu, beliau masih kurang mahir sepenuhnya dalam penggunaan dan pengetahuan ICT.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi
Adik Zamarul Aiman akan mengunjungi PEDi selepas tamat sesi persekolahan dan ketika cuti persekolahan. Beliau dan rakan-rakannya akan menghadiri kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas PEDi. Prestasi penggunaan ICT beliau semakin baik dan mampu memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan yang lain. Beliau semakin mahir dalam penggunaan Microsoft Office, Paint, E-Pembelajaran dan sebagainya.