BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET
Nama : Muhammad Khairin Fazir Umur : 11 Tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Adik Khairin Fazir merupakan anak sulung dari empat orang adik-beradik. Dia merupakan pelajar Sekolah Indera Shahbandar Pahang di Kuala Lipis. Dia juga merupakan salah seorang pelajar yang cepat mempelajari sesuatu yang baru terutama dalam bidang ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Adik Khairin Fazir mempelajari asas komputer di sekolah. Namun, beliau masih lagi belum mahir sepenuhnya dalam bidang ICT terutamanya Microsoft Office dan penggunaan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas menjadi ahli PEDi Kg Pagar Sasak, Adik Khairin Fazir selalu menghadiri kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas PEDi bersama adiknya. Tahap penguasaannya terhadap ICT semakin baik. Dia juga diberi pendedahan belajar secara online dengan menggunakan perkhidmatan internet di PEDi. Selain itu, adik Khairin Fazir juga menonton Youtube bersama rakannya di PEDi.