BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET

Nama   : Aini Syuhada

Umur   : 19 Tahun

Ahli      : 2015


Latar belakang

Adik Aini Syuhada merupakan anak ketujuh dari sembilan orang adik-beradik.  Beliau merupakan pelajar Tingkatan Enam Atas di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lipis.  Jarak rumah adik Aini Syuhada tidak jauh dari PEDi iaitu lebih kurang 500 meter.  Jarak yang dekat ini memudahkannya untuk datang ke PEDi.  Beliau sering mengunjungi PEDi untuk mempelajari ICT dan menggunakan perkhidmatan di sini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Aini Syuhada telah mempelajari asas komputer di sekolah beliau.  Namun, beliau masih belum mahir sepenuhnya lagi.  Terdapat ilmu ICT yang masih belum diketahui dan dikuasai olehnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Aini Syuhada telah menjadi ahli PEDi selepas pembukaan PEDi pada tahun 2015.  Jika mempunyai masa lapang, beliau akan menghadiri kelas dan kursus yang dianjurkan oleh PEDi.  Kerajinan adik Aini Syuhada dalam menimba ilmu ICT di PEDi, menyebabkan beliau semakin mahir dalam penggunaan Microsoft Office, emel, software dan sebagainya.  Tahap penguasaannya terhadap ilmu ICT juga dapat membantu beliau dalam menyiapkan kerja kursus dan sebagainya. 


Aini