BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET


Nama   : Nur Ashierah binti Azmi

Umur   : 11 Tahun

Ahli      : 2015


Latar belakang 

Adik Ashierah merupakan anak bongsu dari tujuh adik-beradik.  Dia merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak serta merupakan seorang pelajar yang cepat mempelajari tentang sesuatu perkara terutamanya dalam pelajaran. Adik Ashierah juga sering membantu dan memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakannya ketika di dalam kelas ICT yang diadakan di PEDi Kg Pagar Sasak.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Adik Ashierah mula mempelajari asas komputer dan ICT di sekolah.  Namun begitu pembelajaran ICT ini hanya terhad di sekolah dan pada waktu pembelajaran di sekolah sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Selepas menjadi ahli PEDi Kg Pagar Sasak, Adik Ashierah selalu menghadiri kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas. Oleh itu, tahap penguasaan Adik Ashierah dalam ICT semakin meningkat.  Didalam kelas di PEDi, Adik Ashierah diberi pendedahan belajar secara online serta belajar menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Publisher dan Microsoft Powerpoint. Selain itu, Adik Ashierah sudah pandai mencari bahan belajar melalui internet serta dia juga menonton cerita yang diminati di Youtube.