Adik Wan Nur Wirdani Batriesya merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Beliau juga merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak dan menjawat sebagai seorang pengawas sekolah. Beliau menjadi ahli PEDi Kg Pagar Sasak pada tahun 2015. Adik Wirdani berminat datang ke PEDi kerana dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam bidang IT, menggunakan perkhidmatan yang disediakan dan dapat berjumpa rakan-rakan di PEDi untuk mengulangkaji pelajaran.
Adik Wirdani mengetahui dan mempelajari asas komputer dan internet di sekolah beliau sebelum ini. Namun, pengetahuan beliau tentang IT masih lagi terhad dan belum menguasai sepenuhnya lagi. Banyak perkara, latihan dan ilmu yang perlu beliau kuasai untuk meningkatkan kemahiran dalam ICT.
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh PEDi Kg. Pagar Sasak, adik Wirdani kini telah banyak memperbaiki kelemahan ICT beliau. Sikap ingin mempelajari sesuatu yang baru dan kehadiran ke kelas yang dianjurkan oleh PEDi menyebabkan beliau semakin arif tentang penggunaan software terutamanya Microsoft office. Adik Wirdani juga sudah pandai melayari internet.
http://kgpagarsasak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/84-kisah-kejayaan-adik-wirdani#sigFreeIda14f1fb427