Tarikh : 27/12/2022 Masa : 04.00 PM – 06.00 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada pelajar khususnya belia tentang penggunaan komputer amnya dan penggunaan internet khasnya bagi pencarian maklumat serta pengisian jawatan kosong badan beruniform di laman web yang tersedia.
Aktiviti :
Petugas memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara penggunaan internet bagi mengisi maklumat dan membuat permohonan jawatan kosong di laman web portal PDRM & TDM. Di dalam kelas ini pelajar diarahkan untuk membaca segala maklumat yang tertera sebelum mengisi permohonan seperti syarat kelayakan dan sebagainya serta petugas turut membantu dan memantau pelajar mengisi segala maklumat permohonan yang dikehendaki.
Tarikh : 12/12/2022 Masa : 03.30 PM – 05.30 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah cara-cara asas penggunaan Microsoft Word bagi menaip dan menyiapkan kerja kursus sejarah.
Aktiviti :
Pelajar diberi penerangan berkaitan dengan penggunaan Microsoft Word bagi menaip dan menyiapkan kerja kursus sejarah serta petugas turut memberi pendedahan cara-cara penggunaan tab google search supaya pelajar mengetahui cara-cara untuk mencari bahan dan rujukan kerja kursus sejarah.
Tarikh : 09/11/2022 Masa : 11.00 AM – 01.00 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 02 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar cara-cara penggunaan software canva bagi menghasilkan poster program.
Aktiviti :
Pelajar diberi penerangan dan tunjuk ajar cara-cara menggunakan software canva bagi mencipta poster program dan mengaplikasikan bagi menyelesaikan tugasan.
Tarikh : 15/11/2022 Masa : 03.00 PM – 04.00 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 05 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar cara-cara penggunaan internet bagi melakukan aktiviti typing test serta dapat menguji kepantasan pelajar sekolah dalam aktiviti menaip.
Aktiviti :
Pelajar diberi penerangan berkaitan dengan penggunaan internet bagi melakukan aktiviti typing test. Petugas membuat penerangan bahawa aktiviti typing mesti dilakukan mengikut masa yang diberikan. Pelajar turut menonton video KDB bertajuk buli siber dan petugas memberi penerangan tentang keburukan dan kesan buli siber.
Tarikh : 16/10/2022 Masa : 10.00 AM – 11.00 AM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 02 Orang |
Tujuan :
Kelas e-pembelajaran ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar pra sekolah mengenai e-pembelajaran menggunakan link digipuzzle.net.
Aktiviti :
Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara-cara untuk mencantum turutan nombor dan menyusun puzzle bagi membentuk gambar dan imej. Petugas turut membantu dan memantau pelajar menyelesaikan tugasan laman digipuzzle.net.