Tarikh : 04/03/2023 Masa : 09.00 AM – 12.00 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara-cara untuk mencari maklumat dan gambar yang diperlukan di pautan google search serta cara-cara untuk memuat turun dan menyimpan gambar di dalam folder. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan mengajar pelajar asas MS Word bagi aktiviti menaip dan menyiapkan tugasan kerja.
Aktiviti :
Pelajar diberi penerangan berkaitan dengan asas penggunaan Microsoft Word serta penggunaan tools yang ada seperti memasukkan jadual, pager borders, menaip dan sebagainya. Di samping itu, petugas turut memberi tunjuk ajar cara-cara untuk menukar tulisan rumi kepada jawi menggunakan pautan ejawi.net.
Tarikh : 27/02/2023 Masa : 02.30 PM – 03.30 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 03 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar cara-cara asas penggunaan internet dan komputer bagi melakukan aktiviti typing test. Di samping itu, dapat menguji tahap kepantasan serta kemahiran menaip pelajar sekolah.
Aktiviti :
Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara untuk memulakan aktiviti typing test dengan carian di google search mengikut format dan masa yang diberikan. Setelah aktiviti selesai para pelajar menonton video KDB bertajuk e-waste sambal petugas memberi penerangan mengenai e-waste seperti maksud e-waste, jenis-jenis, cara pelupusan dan sebagainya.
Tarikh : 30/01/2023 Masa : 02.30 PM – 04.30 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 06 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara-cara penggunaan internet bagi asas pembelajaran atas talian di laman web digipuzzle.com seperti cantuman nombor gambar haiwan dan susunan puzzle.
Aktiviti :
Pelajar diberi penerangan berkaitan dengan penggunaan internet bagi melakukan aktiviti e-pembelajaran seperti cantuman nombor gambar haiwan dan susunan kepingan puzzle secara online. Selain itu, petugas turut membantu dan memantau pelajar melakukan aktiviti e-pembelajaran serta petugas melakukan aktiviti KDB iaitu pelajar menonton video e-waste dan petugas memberi penerangan mengenai e-waste.
Tarikh : 14/02/2023 Masa : 04.00 PM – 06.00 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 11 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar kepada sekolah mengenai asas penggunaan Microsoft Word bagi membina jadual, menaip abjad dan nombor serta ayat ringkas serta memupuk semangat berdaya saing dalam kalangan pelajar.
Aktiviti :
Pelajar diberi penerangan berkaitan dengan asas penggunaan Microsoft Word seperti menggunakan tools yang ada bagi membina jadual, pemilihan tulisan dan saiz tulisan serta menaip. Selain itu, petugas turut membantu dan memantau pelajar melakukan aktiviti sehingga selesai, serta petugas melakukan aktiviti KDB iaitu cantuman puzzle KDB.
Tarikh : 28/01/2023 Masa : 02.30 PM – 04.30 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 06 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pengenalan da pendedahan kepada pelajar cara-cara asas penggunaan dan fungsi youtube untuk mencari video-video yang menarik dan bermanfaat.
Aktiviti :
Petugas memberi tunjuk ajar dan memastikan pelajar mengetahui cara-cara penggunaan youtube untuk mencari dan menonton video-video yang menarik dan bermanfaat. Oleh itu, pelajar diajar untuk mencari tajuk video di ruangan search, cara untuk preview, full screen, exit screen, adjust sound dan sebagainya.